Pergi ke kandungan

Steven Tiw Tee Siang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Steven Tiw Tee Siang
张迪翔
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Tronoh
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehPaul Yong Choo Kiong
(PHDAP)
Majoriti11,372 (2022)
Setiausaha Antarabangsa Belia
Parti Tindakan Demokratik
Menyandang jawatan
17 November 2024
PenolongKusaaliny Mahendran
Setiausaha AgungAnthony Loke Siew Fook
Ketua PemudaWoo Kah Leong
Didahului olehLim Yi Wei
Maklumat peribadi
Lahir
Steven Tiw Tee Siang

(1993-11-26) 26 November 1993 (umur 32)
PerakMalaysia Perak, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
PasanganAshley Shum (沈婷婷) (k. 2023)
PekerjaanAhli politik
Steven Tiw Tee Siang
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional張迪翔
Tulisan Cina Ringkas张迪翔

Steven Tiw Tee Siang (Cina ringkas: 张迪翔; Cina tradisional: 張迪翔; pinyin: Zhāng Díxiáng; lahir 26 November 1993) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Tronoh sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Setiausaha Antarabangsa Pemuda DAP sejak November 2024. Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Setiausaha Politik kepada ahli Parlimen (MP) bagi Ipoh Timor Wong Kah Woh, Setiausaha Pemuda dan Penolong Setiausaha Pengelola Pemuda DAP Perak. Beliau kini merupakan ADUN Perak termuda pada usia 32 tahun, 235 hari dan juga calon termuda dalam Pilihan raya negeri Perak 2022.

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (sejak 2022)

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Negeri Perak 2022, Tiw membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh PH untuk bertanding di kerusi negeri Tronoh.[1] Tiw memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh selepas menewaskan Sin Koon Yen dari Perikatan Nasional (PN), Leong Chee Wai dari Barisan Nasional (BN), Bryan Yong Wu Sean dari Parti Bangsa Malaysia (PBM), yang juga anak kepada penyandang ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong, Roslan Ismail dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan calon bebas Meor Shahimudin Hashim dengan majoriti sebanyak 11,372 undi.[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Oktober 2023, Tiw telah melamar teman wanitanya, Ashley Shum, yang telah dikenalinya selama dua tahun. Shum menerima lamaran tersebut dan mereka telah bertunang.[3] Pada 12 Disember 2023, pasangan itu telah melangsungkan perkahwinan.[4]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Perak[5]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 N33 Tronoh Tiw Tee Siang (DAP) 15,602 63.35% Sin Koon Yen (Gerakan) 4,230 17.17% 24,630 11,372 64.61%
Leong Chee Wai (MCA) 3,351 13.61%
Bryan Yong Wu Sean (PBM) 710 2.88%
Roslan Ismail (PEJUANG) 478 1.94%
Meor Shahimudin Hashim (BEBAS) 259 1.05%
  1. "GE15: Perak DAP to take on 8 parliamentary, 19 state seats". New Straits Times. 29 Oktober 2022. Dicapai pada 5 Disember 2024.
  2. "Malaysia GE15 / PRU15 & 6 States Elections - Perak - The Star". The Star. Dicapai pada 5 Disember 2024.
  3. "亲友列队送上一朵朵玫瑰制惊喜张迪翔向沈婷婷浪漫求婚 - 大霹雳". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 29 Oktober 2023. Dicapai pada 5 Disember 2024.
  4. "端洛州议员本报记者张迪翔沈婷婷结婚啦- 地方- 时事焦点 - 大霹雳". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 29 September 2024. Dicapai pada 5 Disember 2024.
  5. "Semakan Keputusan Pilihan Raya Negeri Perak ke-15". MySPRSemak. Dicapai pada 5 Disember 2024.