Pergi ke kandungan

Stesen kereta api Rengam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rengam
KTM_ETS_Logo
Stesen kereta api antarabandar
Bahagian hadapan stesen
Nama lainJawi: رڠݢم
Cina: 令金
Tamil: ரெங்கம்
LokasiStesen Keretapi Rengam, 86300 Rengam
Johor
Malaysia
Dimiliki olehPerbadanan Aset Keretapi
Dikendalikan olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan ETS 
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Sejarah
Dibuka1 Julai 1909; 117 tahun yang lalu (1909-07-01)
Dielektrikkan21 Januari 2025; 17 bulan yang lalu (2025-01-21) (stesen baharu)[1]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Kluang KL Sentral–JB Sentral (Platinum) Layang-Layang
Kluang
menghala ke Padang Besar
Padang Besar–JB Sentral (Gold)
Lokasi
Map

Stesen kereta api Rengam ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di pekan Renggam, daerah Kluang, Johor.

Pembinaan awal

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini telah dibuka pada 1 Julai 1909, serentak dengan stesen-stesen pada jajaran kereta api antara Gemas dan Johor Bahru yang dikenali sebagai Keretapi Negeri Johor (Johor State Railway).[2] Jajaran ini kemudiannya digabungkan dengan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Railways) menghubungkan stesen Padang Besar dengan Singapura.

Dinaik taraf

[sunting | sunting sumber]

Sebuah stesen baharu yang lebih besar telah dibina sebagai sebahagian daripada projek landasan berkembar elektrik (PLBE) antara Gemas dan Johor Bahru. Stesen tersebut telah dibuka kepada awam pada 21 Januari 2025, serentak dengan pembukaan stesen baharu Layang-Layang.[3]

Stesen Rengam juga tersenarai sebagai salah satu perhentian bagi perkhidmatan ETS bermula 12 Disember 2025, sekaligus menandakan penamatan perkhidmatan Ekspres Selatan pada 1 Januari 2026. ETS merupakan satu-satunya perkhidmatan kereta api yang tersedia di stesen ini setakat tahun 2026.[4]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Jadual berkuat kuasa 18 April 2026:[5]

  • Tren ke utara
    • EG9442 ke Padang Besar: 08:23
    • EP9524 ke KL Sentral: 09:20
    • EP9528 ke KL Sentral: 13:25
    • EP9530 ke KL Sentral: 15:45
    • EP9532 ke KL Sentral: 17:00
  • Tren ke selatan
    • EP9523 dari KL Sentral: 11:41
    • EP9531 dari KL Sentral: 19:01
    • EP9533 dari KL Sentral: 21:21
    • EG9499 dari Padang Besar: 21:47
    • EP9535 dari KL Sentral: 23:36
  1. "Pemindahan operasi stesen sementara Rengam ke stesen Rengam (baharu) bagi migrasi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru pada 21.01.2025 jam 4.00 pagi". Facebook KTM Berhad. 18 Januari 2025. Dicapai pada 10 Mei 2025.
  2. "Sejarah Pembinaan Landasan Keretapi Segamat". Facebook Persatuan Bangsa Johor. 12 Disember 2015. Dicapai pada 3 Julai 2025.
  3. "Pemindahan operasi stesen sementara Rengam ke stesen Rengam (baharu) bagi migrasi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru pada 21.01.2025 jam 4.00 pagi". Facebook KTM Berhad. 18 Januari 2025. Dicapai pada 10 Mei 2025.
  4. "KENYATAAN MEDIA  : PEMBUKAAN JUALAN TIKET ETS LALUAN KL SENTRAL – JB SENTRAL – KL SENTRAL, OPERASI BERMULA 12 DISEMBER 2025". Facebook KTM Berhad. 8 Disember 2025. Dicapai pada 5 Mei 2026.
  5. "Jadual Tren ETS 18 Apr 2026" (PDF). Laman Web KTMB. Dicapai pada 10 Mei 2025.