Sarimah Ibrahim
Sarimah Ibrahim 0 | |
|---|---|
ساريمه إبراهيم | |
Sarimah pada 2008 | |
| Kelahiran | Sarimah binti Ibrahim 19 Februari 1978 Dublin, Ireland |
| Warganegara | Malaysia, Irelandia |
| Nama lain | 0 |
| Kerakyatan | Rakyat Malaysia, Rakyat Ireland]] ia |
| Pekerjaan | 0 |
| Tahun aktif | 1998–kini |
| Ketinggian | 1.70 m (5 ka 7 in) |
| Pasangan | Amir Andrew Abdullah (k. 2006; c. 2009) YM Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar (k. 2015) |
| Anak-anak | Tunku Sofia Najihah Tunku Nadzimuddin |
| Ibu bapa | Elizabeth Hanlon (ibu) Ibrahim Ahmad (bapa) |
| Ibu | Tunku Dara Tunku Datin Hajah Naquiah binti Tuanku Jaafar (ibu mertua) |
| Bapa | Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Haji Mudzaffar Ibni Tunku Kecil Muda Tunku Mustapha (bapa mertua) |
| Saudara | 0 |
| 0000 Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Positive Tone, EMI (Malaysia)
|
| Laman web rasmi | 0 |
| Tandatangan | |
![]() |
| Daripada keturunan moyang Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Che Puan Sarimah binti Ibrahim (lahir 19 Februari 1978) merupakan seorang pengacara televisyen, penyampai radio, pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Sarimah Ibrahim telah dilahirkan pada 19 Februari 1978[1] di Dublin, Ireland. Bapanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor berdarah campuran Melayu dan Cina manakala ibunya yang berasal dari Ireland berdarah campuran Irish dan Itali.[2] Beliau merupakan anak sulung dari empat adik-beradik.[3]
Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai dan juga Wesley College, Dublin di mana beliau menerima kelayakan O-Levels. Pencapaian akademik tertinggi beliau adalah memperoleh Advanced Diploma in Psychology dari College of Applied Arts di Singapura dan Bachelor's Degree of Psychology'dari HELP University di Malaysia.[4]
Beliau fasih bertutur dalam pelbagai bahasa selain Bahasa Melayu iaitu Inggeris dan Perancis.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pengacaraan
[sunting | sunting sumber]Bermula sebagai pengacara The Disney Channel pada 1998 dan sebagai bintang NTV7 pada tahun yang sama. Beliau pernah menjadi pengacara Anugerah Industri Muzik(AIM), Anugerah Juara Lagu serta Akademi Fantasia.
Pada 2009, beliau telah dipilih untuk menjadi pengacara bagi program Fail Sulit AF, Konsert Akademi Fantasia, The Biggest Loser Asia Musim 1 di Hallmark Channel, juga Program Realiti IKON Malaysia dan IKON ASEAN yang telah disiarkan di Astro Hallmark Channel Asia.[5] Beliau juga merupakan juruhebah radio bagi stesen radio Era FM, Red FM, dan juga Mix FM.[6]
Pada 2017, Sarimah kemudiannya menjadi hos selebriti Malaysia pertama yang diberikan rancangan bual bicara waktu perdananya sendiri The Sarimah Show yang disiarkan semasa tayangan perdana di stesen televisyen nasional TV3. Format rancangan tersebut memfokuskan tentang perbualan gaya hidup, topik-topik hangat semasa, wawancara selebriti dan hiburan.
Bidang lakonan
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem pertamanya Puteri Impian 2 pada 1998 dan menggalas peranan watak sebagai Lisa. Beliau turut membintangi filem lain seperti Mimpi Moon (2000), Janji Diana (2003), MX3 (2003) dan Gerak Khas 3 (2005) dan Apokalips X (2014) sebagai penampilan khas.
Pada 2026, beliau tampil dalam filem aksi dan misteri terbaru, Konspirasi arahan Ghaz Abu Bakar dan menggalas watak sebagai Datuk Suraya. Selain itu, filem ini turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Dato' Adi Putra, Hisyam Hamid, Shiqin Kamal, Alicia Amin dan Esma Daniel. Filem ini memulakan tayangan di pawagam pada 21 Mei.[7]
Nyanyian
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2001, beliau mengeluarkan album studio sulung yang berjudul sendiri Sarimah yang dirilis pada Disember oleh Positive Tone dan EMI (Malaysia). Ia memulakan rakaman pada tahun yang sama. Album ini memuatkan 10 runut lagu dengan menampilkan 6 lagu berbahasa Melayu dan 4 berbahasa Inggeris. Single utamanya, "Damai" dirilis pada Mei 2001. Single kedua, "Kini Kau Tiada" dirilis pada Jun 2001 dan menjadi hits. Ia turut dinyanyikan dan dirakamkan dalam Bahasa Inggeris dengan judul "Now That You're Gone". Single Inggeris tersebut turut dimuatkan ke dalam album.
Album ini berjaya melonjakkan namanya sebagai penyanyi dan melayakkan beliau memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke-9 pada tahun 2002.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sarimah Ibrahim pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah (nama asal Andrew John Browning) pada 13 Mei 2006. Namun, perkahwinan mereka hanya berkekalan selama tiga tahun apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Mei 2009.[8][9]
Pada 27 September 2014, beliau mengikat tali pertunangan bersama Yang Mulia Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang merupakan anakanda kepada Yang Mulia Tunku Mudzaffar Almarhum Tunku Mustapha dan Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Naquiah Almarhum Tuanku Ja'afar serta cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah. Pada 2 April 2015, mereka melangsungkan perkahwinan secara tertutup yang telah diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh kaum kerabat dan keluarga terdekat sahaja.[10][11][12]. Sarimah kemudian dikurniakan gelaran Che Puan.
Che Puan Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yang Mulia Tunku Sofia Najihah. Cahaya mata pertama mereka telah dilahirkan pada 19 Julai 2019.[13]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Sarimah (2001)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1998 | Puteri Impian 2 | Lisa | Filem pertama |
| 2000 | Mimpi Moon | Lin | |
| 2003 | Janji Diana | Sabrina | |
| MX3 | Marisa | Pelakon undangan | |
| 2005 | GK3 The Movie | Inspektor Farah | |
| 2014 | Apokalips X | Zara | Penampilan khas |
| 2026 | Pewaris Susuk | Seroja | |
| Konspirasi | Datuk Suraya |
Drama
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2023 | Jack Yusof | Dirinya sendiri | Astro Ria | Drama pertama |
| Riot!: Rebel With A Cause | Lydia | Astro Premier | ||
| 2024 | Lelaki Itu | Syarifah Qaidah | TV3 | |
| Ternyata Sebuah Bahagia | Jeanice | Astro Ria | ||
| 2026 | Bila Cinta Menjadi Dosa | Eva | TV3 |
Sitkom
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2000 | Spanar Jaya (Musim 2) | Jenny | NTV7 | Sitkom pertama, pelakon undangan |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 1996 | The Attic Show | Pengacara | TV2 |
| 1998 | Disney Buzz | Penyampai | The Disney Channel |
| 1999 | The RIM Chart Show | Pengacara | NTV7 |
| 1999–2001 | KIDS@NTV7 | ||
| 2000 | The Oreo Zone | TV3 | |
| 2001 | Malaysia 2020 | TV2 | |
| 2003 | Anugerah Juara Lagu ke-18 | TV3 | |
| 2004 | Anugerah Juara Lagu ke-19 | ||
| 2006 | Galaksi | TV9 | |
| 2007 | IKON | Astro Ria | |
| 2008 | Diari Akademi Fantasia | ||
| Radar AF7 | |||
| 2009 | Diari Akademi Fantasia | ||
| Tirai Akademi Fantasia 7 | |||
| Tangkap Muat | |||
| The Biggest Loser Asia | Hallmark Channel Asia | ||
| 2010 | Akademi Fantasia 8 | Astro Ria | |
| 2012 | Tourism Malaysia Video | ||
| CNN Go on Air: Kuala Lumpur | Penyampai | CNN | |
| 2014 | Football Focus with MYEG | Pengacara | Astro Supersport |
| 2015 | Bella | NTV7 | |
| Sarimah’s 2 Sen Webshow | Feefo.tv | ||
| 2017 | The Sarimah Show | TV3 | |
| 2018 | “Awak Ok?” Mental Health Awareness Show | Online Selangor Government | |
| 2022 | Vazz Vaganza (Musim 9) | Astro Ria | |
| Festival Filem Malaysia ke-32 | TV2 | ||
| 2023 | Anugerah Ikon Sukan Harian Metro | TV9 | |
| 2024 | TikTok Awards Malaysia 2024 | TV3 | |
| 2025 | Talk To My Manager (musim 1) | Juri Tetap | Astro Ria |
| Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 | Pengacara | TV2 | |
| Festival Filem Malaysia ke-34 | |||
| 2025–2026 | Tumpah Teh with Sarimah Ibrahim | Astro Ria | |
| 2026 | Talk To My Manager (musim 2) | Juri Tetap |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/ Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
|---|---|---|---|---|---|
| 2002 | Anugerah Industri Muzik ke-9 | Artis Baru Terbaik | Dirinya sendiri | Menang | |
| 2011 | Anugerah Seri Angkasa 2011 | Pengacara TV Terbaik | Menang | [14] | |
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Drama Sangat Terhangat (Lelaki Itu) | Menang | ||
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktres TV Popular | Tercalon |
Panggilan dan gelaran
[sunting | sunting sumber]| Gaya bagi Che Puan Sarimah Ibrahim | |
|---|---|
| Rujukan gaya | Yang Berbahagia |
| Gaya percakapan | Che Puan |
| Gaya alternatif | Che Puan |
- 19 Februari 1978 - 13 Mei 2006 : Cik Sarimah binti Ibrahim
- 13 Mei 2006 - 15 Mei 2009 : Puan Sarimah binti Ibrahim
- 15 Mei 2009 - 2 April 2015 : Cik Sarimah binti Ibrahim
- 2 April 2015 - kini : Yang Berbahagia Che Puan Sarimah binti Ibrahim
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kematangan Datang Dengan Pengalaman". Media Hiburan. Dicapai pada 12 Jun 2022.
- ^ "Cantik Usia 44 Tahun, Che Puan Sarimah Kongsi 'Birthday' Dengan Suami & Tampil Mempesona!". Nona. Dicapai pada 2022-06-12.
- ^ New Straits Times (10 July 2011). "Waiting for Mr Perfect". AsiaOne.
- ^ "Senarai Artis Malaysia Yang Berpendidikan Tinggi". CikSiti Online. Dicapai pada 16 Jun 2022.
- ^ "Filipino makes it to 'Biggest Loser Asia' finale". ABS-CBN News. 8 March 2010.
- ^ Freeman, Bradley C.; Ramakrishnan, Yokanathan (2016). Singapore Radio: Then and Now (dalam bahasa Inggeris). Cambridge Scholars Publishing. m/s. 76. ISBN 978-1-4438-9295-7.
- ^ "Filem Konspirasi Tingkat Kefahaman Masyarakat Terhadap Peranan SPRM". Astro Awani. Dicapai pada 17 Mei 2026.
- ^ "Sarimah Ibrahim, Tunku Jamie Selamat Bergelar Suami Isteri". ROTIKAYA. 2015-04-02. Dicapai pada 2022-06-12.
- ^ "Jodoh Tak Panjang, 5 Selebriti Ini Pernah Berkahwin Dengan 'Mat Salleh'". Murai MY. Dicapai pada 12 Jun 2022.
- ^ "Sekitar Majlis Pernikahan Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie". Dicapai pada 12 Jun 2022.
- ^ "Sarimah Ibrahim sah milik Tunku Jamie". Berita Harian. 2 April 2015.
- ^ "Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Kisah Cintanya Bersama Orang Istana". glam.my. Dicapai pada 12 Jun 2022.
- ^ "YM Tunku Sofia Najihah Permata Hati Che Puan Sarimah Ibrahim & Y.M. Tunku Jamie". Nona. Dicapai pada 12 Jun 2022.
- ^ "Menang Anugerah, Sarimah Berterima Kasih Kepada Aznil". mStar. Dicapai pada 17 Mei 2026.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1978
- Orang hidup
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Penyanyi wanita Malaysia
- Penyampai radio Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Ireland
- Orang Malaysia berketurunan Itali
- Artis Positive Tone
- Kerabat diraja Asia
