Saraswati Nallathamby
Yang Berbahagia Puan Saraswati Nallathamby | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negeri Johor bagi Kemelah | |
| Dalam jawatan 12 Mac 2022 – 1 Jun 2026 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 1,611 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1964 (62 tahun) |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Saraswati A/P Nallathamby ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Kemelah mewakili BN-MIC. [1].Selain peranan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraswathy juga memegang jawatan sebagai Ketua Wanita MIC.
Sebelum menceburi politik, Saraswathy dikenali sebagai seorang pendidik dan ahli perniagaan, yang memahami isu-isu komuniti setempat.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan graduan dalam bidang Psikologi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kedah. Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan (Bachelor's Degree in Business Management) dari Singapore Academy of Law.[2].
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Di kawasan Dewan Undangan Negeri Kemelah, lebih daripada 55% pengundi adalah orang Melayu. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2022, Saraswathy Nallathamby berdepan dengan tiga calon Melayu lain.
Salah seorang pesaingnya ialah calon Pakatan Harapan, Sulaiman Mohd Noor, yang merupakan penyandang kerusi DUN tersebut dan seorang tokoh politik terkenal di kawasan Kemelah. Namun, walaupun beliau dikenali sebagai ahli politik yang dominan, Saraswathy berjaya menewaskannya. Kemenangan seorang wanita keturunan Tamil di kawasan tersebut dianggap sebagai pencapaian politik yang luar biasa.
Daripada 33,702 pengundi di kawasan DUN Kemelah, sebanyak 18,770 undi telah direkodkan. Dalam pilihan raya tersebut, Saraswathy Nallathamby memperoleh 7,518 undi, dengan majoriti kemenangan sebanyak 1,611 undi.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N04 Kemelah | Saraswati Nallathamby (MIC) | 7,518 | 41.13% | Sulaiman Mohd Nor (AMANAH) | 5,907 | 32.32% | 18,770 | 1,611 | 55.69% | ||
| Normala Sudirman (PAS) | 4,639 | 25.38% | ||||||||||
| Norizah Sahardin (PEJUANG) | 214 | 1.17% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-johor-pengundi-dun-kemelah-perlukan-kasih-sayang-saya-calon-mic-350890
- ↑ "Keputusan - Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2024.