Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail | |
|---|---|
| سيف الدين ناسوتيون اسماعيل | |
| Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
| Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
| Raja |
|
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Ahli Dewan Negara Malaysia | |
| Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
| Menyandang jawatan 3 Disember 2025 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Penggal | Kedua |
| Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 2 Disember 2025 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Penggal | Pertama |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Pantai Jerejak | |
| Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 28 Jun 2023 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 10,716 (2018) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kulim-Bandar Baharu, Kedah | |
| Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 4,860 (2018) |
| Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
| Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Machang, Kelantan | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 1,460 (PRU-12) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Lunas | |
| Dalam jawatan 29 November 2000 – 21 Mac 2004 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 500 (PRK Lunas 2000) |
| Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat | |
| Dalam jawatan 6 November 2018 – 15 September 2024 | |
| Didahului oleh | Rafizi Ramli |
| Digantikan oleh | Fuziah Salleh |
| Dalam jawatan 10 Januari 2010 – 19 Mei 2014 | |
| Didahului oleh | Salehuddin Hashim |
| Digantikan oleh | Rafizi Ramli |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Saifuddin Nasution bin Ismail 7 Disember 1963 Singapura, Malaya (kini negara Singapura) |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (1999-2008) |
| Pasangan | Datin Seri Panglima Norhayati Musa |
| Pendidikan | Sarjana Muda Sains (Agronomi) |
| Tempat belajar | Universiti Putra Malaysia |
| Pekerjaan | |
| Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 Kabinet Malaysia 2022 |
| Anugerah awam | Senarai |
Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution bin Ismail (lahir 7 Disember 1963) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Batak.[1] Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia. Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi Pakatan Harapan ke Kedah sejak 11 Februari 2025.[2]
Kehidupan peribadi dan pendidikan
Saifuddin berketurunan Mandailing dari Sumatera Utara, Indonesia. Ini disokong oleh nama keluarga Nasution yang diberikan kepada namanya. Bapanya, Ismail Nasution bin Kulong Harun Nasution berasal dari Kampung Ujung Lombang, Langga Payung dan berpindah ke Singapura sekitar tahun 1950-an, sebelum akhirnya berpindah ke Kedah, Malaysia.[3]
Saifuddin Nasution menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam Agronomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1987.
Latar belakang
YB Senator Dato' Seri Saifuddin Nasution berasal dari Singapura. Nama 'Nasution' dapat dikaitkan dengan keturunan Batak Mandailing di tengah Sumatera, Indonesia. Ramai penduduk Sumatera berhijrah ke Kedah dan lain-lain lokasi kerana Perang Belanda-Aceh. Saifuddin Nasution berkahwin dengan Norhayati Musa dan mempunyai 4 orang anak. Salah seorang anak lelakinya, Arham Rahimin Nasution melanjutkan pelajaran ke Mesir di sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Ma'ahad Buuth Islamiyyah di bawah naungan Al-Azhar. Dan kini anak beliau telah melanjutkan pelajaran ke Afrika Selatan kerana semangat cita-citanya yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya sebagai ahli politik.[4]
Kerjaya politik
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional kemudian dipecat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998. Beliau antara sebahagian Pemuda UMNO yang mengadakan demonstrasi dari Masjid Negara ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Ketika itu media arus perdana menuduh beliau memecahkan pintu WTC.[5]
Semasa masih berada dalam UMNO beliau juga mengambil bahagian dalam satu protes pada tahun 1996 untuk menentang "Second Asia Pacific Conference on East Timor" di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan seramai 400 orang dan berdemonstrasi di hotel tersebut secara biadab kerana Saifudin mendakwa mendapat arahan dan dicabar oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.[6] Dalam dialek Perak, Megat Junid mencabar "Kalau tidak, saya anggap Pemuda UMNO tiada telur".[6]
Saifuddin pada mulanya merupakan ahli sayap Pemuda UMNO parti pemerintah tetapi telah dipecat pada tahun 1999 sebagai penolong setiausahanya.[7] Sebagai sekutu Anwar Ibrahim, Saifuddin kemudiannya berpaling tadah kepada parti pembangkang KeADILan, yang kemudiannya menjadi PKR.[8]
Kemunculan Saifuddin dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 bertanding di kerusi Padang Serai, Kedah untuk PKR tetapi tewas. Setahun kemudian, beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah, Lunas dalam Pilihan raya kecil Lunas 2000.[4] Walau bagaimanapun, beliau gagal dalam usahanya untuk dinaikkan pangkat ke Dewan rakyat dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, tewas kepada Lim Bee Kau dari Barisan Nasional di kerusi Padang Serai sekali lagi.[9] Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Saifuddin bertanding dan memenangi kerusi persekutuan Machang di Kelantan.[10] Untuk Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau kembali ke Kedah untuk bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, tetapi dikalahkan oleh Abdul Aziz Sheikh Fadzir dari UMNO.[11] Mujurlah dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, Saifuddin kembali memenangi kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu dan kerusi DUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang tetapi tewas kerusi parlimennya pada tahun 2022. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Senator untuk berkhidmat sebagai menteri dalam kabinet Anwar Ibrahim.
Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia). Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.[12]
Dalam Pilihan raya umum Malaysia ke-12 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang baik.
Pada Januari 2010, Saifuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR, menggantikan Salehuddin Hashim.[13] Dalam pemilihan parti 2014, beliau mengosongkan jawatan itu untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti, tetapi dikalahkan oleh Mohamed Azmin Ali.[14] Beliau sekali lagi dilantik ke jawatan Setiausaha Agung PKR pada November 2016, kali ini untuk menggantikan Rafizi Ramli.[15][16] Beliau sekali lagi bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti 2022, tetapi akhirnya tewas kepada Rafizi Ramli.
Kontroversi dan isu
Komen tentang tahanan Kimanis
Pada 9 Disember 2022, Saifuddin menyatakan bahawa beliau telah diberi taklimat oleh pegawai Jabatan Imigresen tentang video dan gambar yang tular di media sosial, yang menggambarkan tahanan yang kurus kering didakwa berada di pusat tahanan Kimanis yang dilihat merayu untuk dibebaskan dan bercakap tentang layanan buruk yang mereka terima. Beliau menyatakan bahawa adalah 'tidak adil' untuk isu itu disensasikan dan menggesa media untuk melaporkan secara objektif.[17] Lawyers for Liberty (LFL) telah menyatakan bahawa adalah tidak boleh diterima dan bertentangan dengan tadbir urus yang baik bagi Saifuddin untuk menolak secara terang-terangan aduan yang dibuat oleh tahanan dalam video, dan bukannya mengarahkan siasatan.[18]
Pada 13 Disember 2022, Saifuddin menyatakan bahawa semakan semula Sosma tidak diperlukan kerana undang-undang itu penting untuk menangani kes berkaitan jenayah terancang. Beliau menyebut bahawa Sosma membenarkan proses mahkamah diteruskan.[19] Kenyataannya mendapat kecaman daripada organisasi hak asasi manusia dan ahli politik.[20][21][22]
Pada 16 Februari 2023, Saifuddin berkata Sosma akan diperkukuhkan kerana ia masih relevan untuk menjaga keselamatan negara.[23][24] Malaysians Against Death Penalty & Torture (MADPET) berkata bahawa Saifuddin tidak memahami kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan jenayah; mereka juga menggesa peletakan jawatannya.[25]
Pada April 2023, beberapa kumpulan wartawan telah mengkritik Saifuddin kerana membatalkan ikrar Pakatan Harapan untuk menyemak dan memansuhkan 'Akta-Akta kejam' seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Wathshlah Naidu, menyatakan bahawa keputusan Putrajaya untuk mengekalkan undang-undang itu nampaknya merupakan amalan berulang dalam kalangan kerajaan yang dipilih yang menarik balik ikrar pilihan raya mereka untuk kepentingan mereka sendiri.[26]
Pada Mei 2023, pembuat jam tangan Switzerland, Swatch telah melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia telah merampas 164 jam tangan berwarna pelangi daripada koleksi Pride mereka, dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak US$14,000. Rampasan itu berlaku semasa serbuan yang dijalankan pada 13–14 Mei di sebelas pusat membeli-belah di seluruh Malaysia, termasuk cawangan di ibu negara Kuala Lumpur. Jam tangan tersebut telah dirampas berdasarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang dikritik oleh sesetengah pihak sebagai kejam dan sering digunakan untuk mencegah kandungan yang boleh menyinggung perasaan atau menjejaskan hubungan kaum.
Insiden itu berlaku di sebuah negara di mana individu LGBT menghadapi diskriminasi disebabkan oleh keharaman homoseksualiti dan potensi hukuman penjara dan hukuman dera kerana liwat, walaupun penguatkuasaan jarang berlaku. Jam tangan yang dimaksudkan digambarkan mempunyai "unsur LGBT" dan dikatakan mempunyai enam warna, bukannya tujuh warna pelangi tradisional. Ketua pegawai eksekutif Swatch Group, Nick Hayek, menyatakan ketidaksetujuannya, dengan menegaskan bahawa jam tangan yang membawa mesej keamanan dan kasih sayang itu tidak boleh dianggap berbahaya.
Walaupun rampasan itu, pengurus pemasaran The Swatch Group (Malaysia) Sdn. Bhd., Sarah Kok, mengesahkan bahawa mereka akan terus menambah stok dan mempamerkan jam tangan tersebut seperti yang diarahkan oleh ibu pejabat Switzerland. Syarikat itu melahirkan kekeliruan terhadap tindakan unit penguatkuasaan, tertanya-tanya bagaimana mereka akan mengendalikan pelbagai pelangi semula jadi yang kerap berlaku di langit Malaysia.[27][28][29]
Pada 10 Ogos 2023, di bawah kepimpinan Saifuddin, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan semua produk Swatch yang mengandungi sebarang unsur berkaitan individu Lesbian, Gay, Biseksual/Bisexual, Transjantina/Transgender, atau Kuira/Queer (LGBTQ), sama ada pada jam tangan itu sendiri, kotak atau pembalutnya. Kementerian menyatakan bahawa larangan ini telah diisytiharkan secara rasmi di bawah Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Larangan Penerbitan Tidak Diingini) 2023, dengan memetik produk Swatch sebagai berpotensi "memudaratkan moral." Individu yang memiliki produk sedemikian daripada Swatch boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.[30][31]
Keputusan Pilihan raya
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1999 | P017 Padang Serai | Saifuddin Nasution Ismail (KeADILan) | 18,023 | 38.53% | Lim Bee Kau (MCA) | 27,395 | 58.56% | 46,778 | 9,372 | 72.75% | ||
| 2004 | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 15,953 | 37.78% | Lim Bee Kau (MCA) | 26,269 | 62.22% | 43,307 | 10,316 | 80.31% | |||
| 2008 | P029 Machang | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 21,041 | 50.71% | Sazmi Miah (UMNO) | 19,581 | 47.19% | 51,372 | 1,460 | 86.74% | ||
| 2013 | P018 Kulim-Bandar Baharu | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 24,911 | 47.42% | Abd Aziz Sheikh Fadzir (UMNO) | 26,782 | 50.98% | 52,766 | 1,871 | 86.63% | ||
| 2018 | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 23,159 | 42.62% | Abd Aziz Sheikh Fadzir (UMNO) | 18,299 | 33.67% | 55,390 | 4,860 | 83.18% | |||
| Hassan Abdul Razak (PAS) | 12,885 | 23.71% | ||||||||||
| 2022 | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 21,408 | 30.44% | Roslan Hashim (BERSATU) | 34,469 | 49.00% | 71,616 | 13,061 | 79.40% | |||
| Muhar Hussain (UMNO) | 13,872 | 19.72% | ||||||||||
| Mohamad Yusrizal Yusoff (PEJUANG) | 591 | 0.84% | ||||||||||
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2000 | N34 Lunas | Saifuddin Nasution Ismail (KeADILan) | 10,511 | 50.66% | S. Anthonysamy (MIC) | 9,981 | 48.10% | 20,746 | 530 | 77.58% | ||
| N. Letchumanan (BEBAS) | 50 | 0.24% | ||||||||||
| 2004 | N16 Kubang Rotan | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 6,527 | 31.09% | Syed Razak Syed Zain Barakhbah (UMNO) | 14,468 | 68.91% | 21,415 | 7,941 | 78.36% | ||
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | N36 Pantai Jerejak | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 14,014 | 73.50% | Oh Tong Keong (Gerakan) | 3,298 | 17.30% | 19,315 | 10,716 | 81.70% | ||
| Mohd Faruan Yusof (PAS) | 1,670 | 8.80% | ||||||||||
| Yim Boon Leong (MUP) | 97 | 0.40% | ||||||||||
Anugerah
Kedah
Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) – Dato' (2012)
Melaka
Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) – Datuk Seri (2018)
Sabah
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) – Datuk Seri Panglima (2025)[33]
Rujukan
- ^ https://www.kompas.com/stori/read/2022/08/13/100000079/sejarah-asal-usul-marga-nasution
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/734237
- ^ "Saifuddin Nasution, satu-satunya menteri Malaysia yang menyandang marga Mandailing". BBC Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2018-12-18. Dicapai pada 2022-12-05.
- ^ a b Othman Mohamad (30 November 2000). "Keadilan menang pilihan raya kecil Lunas". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-28. Dicapai pada 28 Februari 2017. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "lunas" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Muzliza Mustafa. "BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat Read more: BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat". New Straits Times. Dicapai pada 11 October 2014.
- ^ a b Persidangan Asia Pasifik Timor Timur II. Retrieved 2011-08-03.
- ^ "New trustees prepared to face legal action". New Straits Times. 9 July 1999. Dicapai pada 29 December 2009.
- ^ Tan, Joceline (28 November 1999). "An election full of issues for voters". New Straits Times. Dicapai pada 29 December 2009.
- ^ "Malaysia Decides 2008 (2004 results)". The Star. Dicapai pada 25 December 2009.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Dicapai pada 29 December 2009.
- ^ Muzliza Mustafa. "BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat Read more: BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat". New Straits Times. Dicapai pada 11 October 2014.
- ^ Habibu, Sira (10 Januari 2010). "PKR picks Saifuddin to replace Salehuddin". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2010. Dicapai pada 11 Januari 2010. Unknown parameter
|deadurl=ignored (bantuan) - ^ Habibu, Sira (10 Januari 2010). "PKR picks Saifuddin to replace Salehuddin". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2010. Dicapai pada 11 Januari 2010.
- ^ Boo Su-Lyn (21 August 2014). "Azmin wins PKR No 2 in party polls". Malay Mail. Dicapai pada 11 October 2014.
- ^ "Saifuddin Nasution is new PKR secretary-general". The Star. 25 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 March 2017. Dicapai pada 28 February 2017.
- ^ "Rafizi Ramli quits as PKR sec-gen, replaced by Saifuddin". Free Malaysia Today. 25 November 2016. Dicapai pada 28 February 2017.
- ^ "Home Ministry denies Kimanis detainees mistreated, says issue must not be "overplayed"". New Straits Times. 2022-12-09.
- ^ "Kimanis detainees: LFL's criticism unfair, I've just been sworn in, says Saifuddin". The Vibes. 2022-12-13.
- ^ "Saifuddin defends Sosma, no review in sight". Free Malaysia Today. 2022-12-13.
- ^ "Sosma perpetuates injustice, ex-MP tells Saifuddin". Free Malaysia Today. 2022-12-13.
- ^ Ayamany, Keertan (2022-12-14). "Gobind: Saifuddin Nasution's defence of Sosma counter to Pakatan's stand". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Detention without trial against human rights, Suhakam says on Sosma". MalaysiaNow (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-16.
- ^ "Sosma relevant, necessary to protect country, says Saifuddin". New Straits Times. 2023-02-16.
- ^ "Sosma still needed for security, says Saifuddin". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2023-02-17.
- ^ Madpet (2023-03-13). "LETTER | Remove Saifuddin from Home Ministry". Malaysiakini.
- ^ "Saifuddin slammed for U-turn on Printing Presses and Publications Act". Free Malaysia Today. 2023-04-13.
- ^ "Six questions about the rainbow Swatch timepieces seized by Malaysia's Home Ministry". Malay Mail. 25 May 2023.
- ^ "Rainbow Swatch watches confiscated in Malaysia: company". Reuters. 24 May 2023.
- ^ "Malaysia confiscates LGBT rainbow Swatch watches". The Guardian. 24 May 2023.
- ^ "Owners of Swatch LGBTQ watches in Malaysia could face fine, up to 3 years' jail". CNA (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-10.
- ^ Chen, Heather (2023-08-11). "Wear a rainbow Swatch watch in Malaysia and you could face 3 years in jail". CNN (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 24 April 2010. Table excludes votes for candidates finishing in third place or lower.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/06/1410621/ahmad-fuad-ketuai-1015-penerima-pingat-darjah-kebesaran-sabah
Pautan luar
,
- Penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Gemilang Seri Melaka
- Penerima Darjah Dato' Setia Diraja Kedah
- Kelahiran 1963
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Mandailing
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Singapura
- Orang Malaysia berketurunan Batak
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Anggota Parti Keadilan Rakyat
- Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15



