Pergi ke kandungan

Perang Musuh Bisik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Musuh Bisik
Sebahagian daripada Perang Kedah-Siam

Rekaan ulang panji berikutan kemenangan Siam dalam Perang Musuh Bisik, bertanggal 1254 Hijrah
Tarikh1821–1842
Lokasi
Keputusan
  • Kemenangan Kesultanan Kedah[1]
  • Berakhir kuasa di Kedah selepas kematian Chaophraya Nakhon
  • Ekonomi kerajaan Rattankosin merosot
Perubahan
wilayah
Kerajaan Rattanakosin kehilangan banyak tanah dan diberikan kepada Kesultanan Kedah pada tahun 1842.
Pihak yang terlibat
Kesultanan Kedah Kerajaan Rattanakosin
Kerajaan Ligor
Syarikat Hindia Timur Inggeris
Komandan dan pemimpin
Ahmad Tajuddin Halim Shah II
Tunku Kudin
Raja Rama III
Chaophraya Nakhon #
Francis Light
Kekuatan
13,000 termasuk tentera asing dari Aceh, Serdang (Sumatra), Deli, Berdage, Siak, Pahang, Terengganu dan Kelantan Rattanakosin:
Ligor:
  • 15,000 pasukan
British:
  • 18 artileri
    (termasuk kapal perang)
Kerugian dan korban
1,255 terbunuh Kerugian besar

Perang Musuh Bisik (Jawi: ڤرڠ موسوه بيسيق; Bahasa Thai: สงครามศัตรูกระซิบ) ialah konflik ketenteraan yang berlaku pada tahun 1821 antara Kerajaan Rattanakosin dan Kesultanan Kedah. Perang ini merupakan kebangkitan rakyat Kedah untuk menentang kedudukan Siam di Kedah. Perang ini dinamakan Musuh Berbisik kerana taktik serangan mengejut yang digunakan oleh pihak Siam, yang seolah-olah berbisik sebelum menyerang. Konflik ini berakhir dengan Penjajahan Siam di Kedah selama 10 tahun, sebelum Kedah berjaya mendapatkan semula Kedah melalui diplomasi.[2]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Kedah pada dahulunya merupakan sebuah negeri uftian Siam semasa pemerintahan Ayutthaya. Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, negeri Melayu di utara Tanah Melayu bebas buat seketika selepas didominasi oleh Siam. Pada 1786, Francis Light telah mendapatkan pajakan Pulau Pinang dari Sultan Abdullah Mukarram Shah sebagai wakil Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan balasan bahawa British akan memberikan bantuan ketenteraan sekiranya Kedah diserang oleh Siam atau Burma. Pada tahun yang sama, Siam mendapatkan semula negeri negeri di utara Tanah Melayu dan menakluk Pattani. Francis Light tidak menghantar sebarang bantuan tentera untuk menentang Siam. Kedah seterusnya dijadikan negeri naungan Siam. Bunga Mas dihantar kepada Siam setiap tiga tahun. Semasa Penaklukan Burma di Phuket pada 1809, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau dikenali sebagai "Tuanku Pangeran" (Thai: ตวนกูปะแงหรัน) dalam rekod Thai, dikatakan telah menyumbang sejumlah besar bantuan dari Kedah kepada Siam ketika melawan Burma. Pada 1813, Raja Rama II mengarahkan Sultan Ahmad Tajuddin untuk menakluk Kesultanan Perak bagi pihak Siam. Sultan Ahmad Tajuddin kemudiannya dikatakan telah "menakluk" Perak pada 1818. Namun, ada pihak yang berpendapat bahawa Perak dan Kedah tidak pernah berperang sama sekali dan mereka menyelesaikannya secara diplomatik.[3] Sultan Perak kemudian menghantar surat kepada Gabenor British bahawa Perak berada dibawah takluk Kedah. Peristiwa ini menyebabkan Sultan Ahmad Tajuddin dinobatkan pangkat Chaophraya - iaitu lebih tinggi darjatnya berbanding Nakhon Noi, pemerintah Ligor ketika itu yang hanya mendapat pangkat Phraya. pada 1811, Sultan Ahmad Tajuddin dan Tunku Bisnu iaitu kerabatnya (tidak pasti abang atau adiknya) menghadapi konflik. Tunku Bisnu menghadap Pemerintah Ligor untuk mendapatkan bantuan Siam. Tunku Bisnu seterusnya dilantik oleh pemerintah Ligor sebagai penakluk Setul.

Pada tahun 1820, Raja Bagyidaw dari Burma telah merancang untuk menakluk Siam, dimana Kesultanan Kedah terpaksa sertai. Tunku Mom, adik kepada Sultan, memberitahu hal ini kepada Phraya Nakhon Noi (pemerintah Ligor). Lim Hoi, seorang pedagang cina di Phuket, telah menahan sebuah kapal Burma yang mengandungi surat yang ditujukan kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Phraya Nakhon Noi kemudiannya melaporkan perkara ini kepada Rama II. Rama II seterusnya mengarahkan Sultan Kedah untuk ke Bangkok untuk menerangkan tentang situasi tersebut. Walaubagaimanapun, Sultan tidak hadir ke Bangkok dan berhenti menghantar Bunga Mas. Rama II mengarahkan Phraya Nakhon Noi untuk menyerang Kedah pada 1821.

Orang-orang Siam masih tidak pasti apa niat sebenar Sultan dan Kedah tidak bahawa mereka akan diserang oleh tentera Siam. Phraya Nakhon Hoi telah mengatur tentera seramai 7000 di Trang dan Satun sebagai persiapan untuk melawan Burma. Beliau berpura-pura mengatakan bahawa beliau akan menyerang Mergui dan pantai Tanah Sari dan meminta Sultan Kedah untuk memberikan bantuan makanan. Apabila tiada bantuan datang, Nakhon Noi mengetuai bala tenteranya ke Kota Kuala Kedah pada November 1821.

Sesudah Nakhon Noi tiba di Kota Kuala Kedah, rakyat Kedah masih tidak tahu niatnya untuk menyerang Kedah. Dikatakan bahawa Paduka Maharaja Sura iaitu Bendahara ketika itu sedang mengadakan kenduri kahwin anaknya. Sejenak tiba di dalam kubu Kota Kuala Kedah dengan alasan meminta bantuan beras daripada Bendahara, mereka terus menyerang secara mengejut semua pengawal-pengawal yang ada di dalam kubu tersebut.

Setelah serangan itu, dikatakan hanya 10,000 rakyat Kota Kuala Kedah yang berjaya dan selamat melarikan diri menuju ke Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Seorang pegawai British di Pulau Pinang melaporkan kesadisan Siam:

"Telah berterusan suatu pemandangan perompakan, pembunuhan beramai-ramai, penindasan dan kemusnahan yang paling dahsyat yang dapat dibayangkan ... Agama mereka dicemari dan dihina ... Isteri-isteri serta anak-anak perempuan dirampas secara paksa daripada suami dan bapa mereka lalu diperkosa oleh askar-askar Siam ... Ibu bapa yang lanjut usia serta bayi-bayi yang tidak berdaya disembelih tanpa belas kasihan ... dan pembunuhan-pembunuhan yang paling kejam, dilakukan dengan cara yang paling menyakitkan dan mengerikan terhadap mangsa-mangsa yang malang itu, berlaku setiap hari ... Orang-orang Siam menyembelih mereka dalam jumlah yang besar, menjatuhkan hukuman mati dengan cara yang paling kejam dan menjijikkan bagi fitrah kemanusiaan ... adalah mustahil untuk menghitung jumlah orang Melayu yang terkorban di bawah mata pedang Siam."[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Stearn, Duncan (25 March 2019). Slices of Thai History: From the curious & controversial to the heroic & hardy. Proglen Trading Co.
  2. Stearn, Duncan (25 March 2019). Slices of Thai History: From the curious & controversial to the heroic & hardy. Proglen Trading Co.
  3. "Perang Perak dan Kedah Sebenarnya Tak Berlaku? – The Patriots" (dalam bahasa Inggeris). 2024-03-31. Dicapai pada 2026-06-17.
  4. Internet Archive, Colin Robert (2013). A history of Phuket and the surrounding region. Bangkok, Thailand : White Lotus. ISBN 978-974-480-195-1.