Naqada III
Gambaran tertua pemerintah Mesir purba yang diketahui, dari Tell el-Farkha. Naqada IIIB, s. 3200–3100 SM.[1][2][3][4] Naqada III (Mesir) Naqada III (Afrika Timur Laut) | |
| Julat geografi | Mesir |
|---|---|
| Zaman | Gangsa Awal I |
| Tarikh | s. 3,300 SM – 2,900 SM[5] |
| Tapak utama | Naqada, Tarkhan, Hierakonpolis, Tell el-Farkha |
| Didahului oleh | Naqada II, Kebudayaan Maadi |
| Diikuti oleh | Zaman Dinasti Awal Dinasti Pertama Mesir |
Naqada III merupakan fasa terakhir budaya Naqada dalam zaman prasejarah Mesir purba. Bergantung pada sumber, tarikh mulanya adalah dari s. 3325 SM hingga 3000 SM,[6] dari s. 3350 SM hingga s. 2920 SM,[7][8] atau dari 3200 hingga 3000 SM.[9] Tempoh ini sepadan dengan "Sequence Dates" Flinders Petrie SD 63–76.[10]
Ini merupakan zaman proses pembentukan negara, yang bermula pada zaman Naqada II, menjadi semakin ketara apabila raja-raja yang bernama mula mewujudkan pemerintahan yang kuat. Naqada III sering digelarkan Dinasti 0 atau Tempoh Protodinasti di Mesir, dan bahagian akhir Naqada III biasanya dikaitkan dengan Dinasti 0 bagi mencerminkan kewujudan raja-raja yang memimpin negara-negara yang berpengaruh, walaupun sebenarnya, raja-raja yang terlibat bukanlah sebahagian daripada sesebuah dinasti.[11] Pada zaman ini, nama-nama raja itu ditulis dalam bentuk serekh di pelbagai permukaan seperti tembikar dan makam. Tempoh ini dicirikan oleh konflik berterusan dengan penduduk Delta Nil, kemungkinan untuk menguasai laluan perdagangan yang berharga dengan Levant.[12]
Penarikhan Budaya Naqada asalnya diasaskan oleh Flinders Petrie pada awal 1900-an.[13][14] Tempoh-tempoh yang ditakrifkan telah berkembang sejak itu dan Naqada III kini dipecahkan kepada sub-tempoh IIIA1, IIIA2, IIIB1, IIIB2, IIIC1, IIIC2, dan IIID.[15]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tempoh Protodinasti di Mesir purba ditandai oleh proses penyatuan politik yang berterusan yang berpuncak pada pembentukan sebuah negara tunggal lalu bermulanya Tempoh Dinasti Awal. Selanjutnya, pada masa inilah bahasa Mesir buat kali pertama dirakam dalam tulisan hieroglif. Ada juga bukti arkeologi kukuh yang menunjukkan kewujudan penempatan Mesir di bahagian selatan Kanaan sepanjang Tempoh Protodinasti, yang dianggap sebagai koloni atau pelabuhan perdagangan (entrepot).
Ahli arkeologi Pierre de Miroschedji dan Moain Sadeq berhipotesis bahawa aktiviti Mesir di Levant pada tempoh ini boleh dikelaskan kepada tiga bahagian: kawasan penempatan kekal termasuk Tell es-Sakan (yang dahulu mungkin pusat pentadbiran) dan En Besor; kawasan penempatan bermusim yang meluas ke utara sepanjang pantai, dan melepasi kawasan ini ke timur dan lebih jauh ke utara merupakan kawasan interaksi antara orang Mesir dan orang Kanaan.[16]
Pembentukan negara Mesir purba bermula pada zaman ini dan mungkin lebih awal. Pelbagai kota kecil muncul di sepanjang sungai Nil. Penaklukan selama berabad-abad kemudian memecahkan Mesir Hulu kepada tiga kerajaan utama: Thinis, Naqada dan Nekhen. Tersepit di antara Tinis dan Nekhen, Naqada menjadi yang pertama jatuh. Tinis kemudiannya menakluki Mesir Hilir. Hubungan antara Nekhen dan Tinis tidak begitu jelas, namun kedua-dua kerajaan tersebut mungkin telah bergabung secara aman, dengan keluarga diraja Tinis memerintah seluruh Mesir. Raja-raja Tinis dimakamkan di Abydos, Umm el-Qa'ab.[perlu rujukan]
Pengkaji Mesir purba awal seperti Flinders Petrie merupakan penyokong teori bangsa Dinasti yang menghipotesiskan bahawa ketua-ketua dan pemerintah Mesir yang pertama berasal dari Mesopotamia, namun pandangan ini telah ditinggalkan dalam kalangan sarjana moden.[17][18][19]
"Bandar Emas"
[sunting | sunting sumber]
"Naqada" (Nubt) harfiahnya bermaksud "Bandar Emas", mencerminkan kekayaan emas yang luar biasa di wilayah gurun timur ini, serta kedudukan strategik Naqada dan pekan bertentangannya, Koptos, untuk perdagangan emas tersebut.[21][22] Eksploitasi logam-logam berharga dari Gurun Timur, dan pembangunan pertanian di dataran banjir yang menghasilkan lebihan—yang dapat menjana permintaan bagi pelbagai kraf—menjadikan wilayah tersebut sangat maju dalam kepelbagaian dan pengkhususan ekonomi, jauh lebih maju daripada wilayah-wilayah di Mesir Hilir pada zaman itu.[22] Barangan import dari Mesopotamia nampaknya agak intensif semasa tempoh akhir Gerzeh (akhir Naqada II), dan sepadan dengan budaya Protocelik b dan c di Mesopotamia (zaman Uruk).[23]

Naqada berada di pusat perdagangan emas yang sedang berkembang dari padang pasir timur Mesir. Ini mungkin telah merangsang penglibatan langsung daripada pedagang Mesopotamia, yang—diiringi oleh seniman dan pelbagai pekerja mahir—mungkin telah memperkenalkan gaya dan amalan Mesopotamia. Eksploitasi emas juga mungkin telah merangsangkan pembangunan struktur protonegara terancang yang pertama di Mesir.[25]
Pengeluaran emas didokumenkan dengan penghasilan artifak emas, seawal sekitar 3500 SM. Pengekstrakan emas berlaku terutamanya dalam granit-granit lama dan muda di Gurun Timur, melalui lombong permukaan dan penggalian yang sederhana bawah tanah.[26]
Patung-patung kecil emas
[sunting | sunting sumber]
Di Tell el-Farkha, di Kom Timur, sebuah deposit dengan "kerajang emas, manik karnelian dan kulit telur burung unta daripada seutas rantai, dan dua bilah pisau batu api yang besar" ditemui. Apabila dibina semula, cebisan-cebisan emas tersebut membentuk dua buah patung lelaki berbogel dengan mata yang diperbuat daripada lazuardi. Patung-patung kecil itu menggambarkan lelaki berbogel yang sedang berdiri. Yang tinggi berukuran 60 cm, dan yang satu lagi setinggi 30 cm.[3] Patung-patung tersebut menampilkan "telinga capang yang besar, zakar yang besar secara tidak semula jadi, serta kuku jari tangan dan kuku jari kaki yang dibentuk dengan teliti". Lazuardi tersebut berasal dari kawasan yang kini Afghanistan moden.[3] Patung-patung itu menggambarkan individu yang botak, tanpa bulu muka dan telinga capang.[3] Kedua-duanya dilengkapi sarung zakar yang sangat besar, salah satunya dihiasi dengan jalur ukiran di kelilingnya.[3] Patung yang lebih besar juga mempunyai seutas rantai.[3] Teras patung-patung tersebut (yang kini telah reput) diperbuat daripada kayu, yang dilitupi dengan kepingan emas nipis yang diikat dengan 140 rivet emas.[3]
Ciri-ciri ini mengikut konvensi gaya seni Mesir Pradinasti, serupa dengan patung kecil Mahasna (Zaman Amratia), atau patung kecil Mac Gregor Man di Muzium Ashmolean.[3] Patung emas tersebut kemungkinan besar menggambarkan seorang pemerintah Pradinasti dan anak lelakinya semasa perayaan heb-sed, dan ia dahulu mungkin menghiasi sebuah keramat di kawasan Kom Barat.[27] Ia dipercayai berasal dari zaman Naqada IIIB (kira-kira 3200–3000 SM), atau mungkin juga Naqada IIIA (kira-kira 3300 SM).[2][3] Ia dianggap gambaran tertua pemerintah Mesir purba yang diketahui.[2][3]
Peluasan ke utara
[sunting | sunting sumber]Orang Naqada II dan Naqada III nampaknya telah berkembang ke utara menuju Hilir Mesir, menggantikan budaya Maadi.[28] Maadi mula-mula ditawan semasa Naqada II c-d.[28] Budaya-budaya Mesir Hilir digantikan oleh Mesir Hulu dan budaya Naqada pada penghujung Naqada II s. 3200 SM.[28] Budaya Maadi di Buto, Tell Ibrahim Awad, Tell el-Rub'a, dan Tell el-Farkha telah dikosongkan, membuka jalan kepada budaya Naqada III.[28]
Inovasi teknologi
[sunting | sunting sumber]Naqada III meluas ke seluruh Mesir dan ditandai dengan beberapa perkara baharu:
- Hieroglif terawal
- Penceritaan bergambar pertama pada palet
- Penggunaan sulung serekh secara lazim
- Mungkin contoh awal pengairan
Dan yang paling baik juga, tempat kedua dalam:
- Penciptaan pelayaran layar[29] (berasal daripada penciptaannya yang terdahulu di Teluk Parsi 2,000 tahun lebih awal)[30]
Menurut Kementerian Barang Purba Mesir, pada Februari 2020, ahli arkeologi Mesir telah menemui 83 buah makam yang berasal dari 3,000 SM, yang dikenali sebagai tempoh Naqada III. Pelbagai periuk seramik kecil dalam pelbagai bentuk dan beberapa cangkerang laut, alat solek, bekas celak dan barang kemas turut didedahkan dalam pengebumian tersebut.[31][32]
Palet kosmetik hiasan
[sunting | sunting sumber]Semasa Naqada III, arca gading Naqada II yang berhias telah digantikan dengan palet greiwak berhias.[33] Banyak palet hiasan yang terkenal berasal dari zaman Naqada III, seperti Palet Pemburu. Semasa tempoh Naqada IIIA (IIIA1 dan IIIA2), palet kosmetik seringnya bentuk segi empat tepat.[34]
-
"Palet Empat Anjing" (s. 3300 – 3100 SM).
-
Fragmen palet upacara yang menggambarkan seorang lelaki dan sejenis tongkat, s. 3200 – 3100 SM.
-
Palet upacara berukir dengan serekh, Naqada III Akhir s. 3200 – 3100 SM.
-
Palet Lembu, 3100 SM.
-
Palet Medan Perang, kemungkinan menunjukkan penaklukan orang-orang daripada budaya Buto-Maadi, oleh pemerintah Mesir Naqada III, s. 3100 SM.[35]
-
Lelaki berpakaian bercorak dan berumbai, memegang tawanan bogel, dalam Palet Medan Perang, s. 3100 SM.[36][37][35]
-
Fragmen palet, s. 3200–2800 SM.
Sarung zakar
[sunting | sunting sumber]
Banyak patung kecil lelaki dari zaman Naqada I-III ditunjukkan memakai sarung zakar, satu ciri khas dalam banyak masyarakat pemburu-pengumpul.[39] Gambaran sedemikian terdapat di Hierakonpolis, Abydos, pada Pisau Gebel el-Arak, atau pada patung kecil emas dari Tell el-Farkha.[39] Ia disemat dengan tali kulit di pinggang, dan mungkin juga di bahagian bawah.[39]
Banyak gading badak sumbu berhias yang juga ditemui di makam-makam pada zaman tersebut dicadangkan mungkin sarung zakar yang digambarkan dalam patung-patugn kecil ini, atau sekurang-kurangnya representasi simboliknya.[39][40] Sarung zakar (karnatiw) mungkin juga telah digunakan untuk tujuan perubatan, dalam percubaan yang salah untuk mengelakkan skistosomiasis dan pencemaran oleh serkaria.[41]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]
- Kebudayaan Badari
- Zaman Dinasti Awal Mesir
- Dinasti Pertama Mesir
- Senarai Firaun
- Kebudayaan Naqada
- Kala Jengking II
- Hulu cokmar Kala Jengking
- Tell el-Farkha
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Dee, Michael W.; Wengrow, David; Shortland, Andrew J.; Stevenson, Alice; Brock, Fiona; Bronk Ramsey, Christopher (June 2014). "Radiocarbon dating and the Naqada relative chronology". Journal of Archaeological Science. 46. doi:10.1016/j.jas.2014.03.016.
- Patch, Diana Craig; Eaton-Krauss, Marianne (2011). Dawn of Egyptian art. New York : New Haven: Metropolitan Museum of Art; Distributed by Yale University Press. ISBN 978-0300179521.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Patch & Eaton-Krauss 2011, m/s. 16, fig.8.
- ^ a b c "tell el-farkha". Egypt Museum. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "MUS" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f g h i j Ciałowicz, Krzysztof M. (2012). "Votive figurines from Tell el-Farkha and their counterparts". Archéo-Nil. 22 (1): 88–90. doi:10.3406/arnil.2012.1044. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "PER" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ The Wisdom of Thoth: Magical Texts in Ancient Mediterranean Civilisations. Archaeopress Publishing Ltd. 2016. m/s. 27. ISBN 978-1784912475.
Golden figures depicting most probably a Pre-dynastic ruler and his son and heir, which are the oldest known in Egypt.
- ^ Hendrickx, Stan (1996). Spencer, A.J. (penyunting). "The relative chronology of the Naqada culture: Problems and possibilities". Aspects of Early Egypt (dalam bahasa Inggeris). London: British Museum Press: 64.
- ^ Kemp, Barry John (2018). Ancient Egypt: anatomy of a civilization (ed. 3rd). New-York (NY): Routledge. m/s. 42, Fig.2.6. ISBN 978-0415827263.
- ^ Hendrickx, Stan (2006). "Predynastic—Early Dynastic Chronology". Ancient Egyptian Chronology (PDF). Brill. m/s. 92, Table II. 1.7. Absolute chronology. ISBN 978 90 04 11385 5.
- ^ Hendrickx, Stan (1996), "The relative chronology of the Naqada culture: Problems and possibilities", dalam Spencer, Jeffrey (penyunting), Aspects of Early Egypt (dalam bahasa Inggeris), London: British Museum Press, m/s. 64
- ^ Shaw 2000, m/s. 481.
- ^ "Naqada chronology". www.ucl.ac.uk. University College, London.
- ^ Shaw 2000, m/s. 479.
- ^ Josephson, Jack (29 November 2015). "Naqada IId, Birth of an Empire". Journal of the American Research Center in Egypt (51): 165. doi:10.5913/JARCE.51.2015.A007.
Most of Dynasty 0 was spent at war with the Delta people, presumably to control and protect trade routes from the Levant, the source of invaluable wood, wine, and other commodities.
- ^ Petrie, W.M.F., "Diospolis Parva, The cemeteries of Abadiyeh and Hu. 1898-1899", EEF 20, London, 1901
- ^ Petrie, W.M.F., "Corpus of Prehistoric pottery and palettes", BSAE&ERA 32, London, 1921
- ^ [1] Hendrickx, Stan, "Naqada IIIA-B, a crucial phase in the relative chronology of the Naqada culture", Archéo-Nil 21.1, pp. 65-80, 2011
- ^ de Miroschedji, Pierre; Sadeq, Moain (2005), "The frontier of Egypt in the Early Bronze Age: preliminary soundings at Tell es-Sakan (Gaza Strip)", dalam Clarke, Joanne (penyunting), Archaeological Perspectives on the Transmission and Transformation of Culture in the Eastern Mediterranean, Council for British Research in the Levant, m/s. 155–169, JSTOR j.ctv310vqks.24
- ^ Derry, D.E. (1956). "The Dynastic Race in Egypt". Journal of Egyptian Archaeology. 42: 80–85. doi:10.1177/030751335604200111. S2CID 194596267.
- ^ Wilkinson, Toby (1999). Early dynastic Egypt. London: Routledge. m/s. 15. ISBN 0415186331.
- ^ Zakrzewski, Sonia R. (2007). Population continuity or population change: Formation of the ancient Egyptian state. Highfield, Southampton: Department of Archaeology, University of Southampton.
- ^ Klemm, Dietrich; Klemm, Rosemarie; Murr, Andreas (January 2001). "Gold of the Pharaohs – 6000 years of gold mining in Egypt and Nubia". Journal of African Earth Sciences. 33 (3–4): 643–659, Fig.9. doi:10.1016/S0899-5362(01)00094-X.
- ^ Trigger, Bruce G. (1983). Ancient Egypt: A Social History (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 39. ISBN 978-0-521-28427-1.
- ^ a b The Oxford History of Ancient Egypt (dalam bahasa Inggeris). OUP Oxford. 23 October 2003. m/s. 58. ISBN 978-0-19-160462-1.
- ^ Trigger, Bruce G. (1983). Ancient Egypt: A Social History (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 36–37. ISBN 978-0-521-28427-1.
- ^ "Ripple-flake Knife with Gold Handle | LACMA Collections". collections.lacma.org. Lacma.
- ^ Trigger, Bruce G. (1983). Ancient Egypt: A Social History (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 36–40. ISBN 978-0-521-28427-1.
- ^ Klemm, Dietrich; Klemm, Rosemarie; Murr, Andreas (January 2001). "Gold of the Pharaohs – 6000 years of gold mining in Egypt and Nubia". Journal of African Earth Sciences. 33 (3–4): 643–659. doi:10.1016/S0899-5362(01)00094-X.
- ^ Ciałowicz, Krzysztof M. (2012). "Votive figurines from Tell el-Farkha and their counterparts". Archéo-Nil. 22 (1): 91. doi:10.3406/arnil.2012.1044.
- ^ a b c d Shaw, Ian, penyunting (2003). The Oxford history of ancient Egypt (dalam bahasa English). Oxford; New York: Oxford University Press. m/s. 59. ISBN 9780192804587.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Meza, A.I. (2007) “Neolithic Boats: Ancient Egypt and the Maltese Islands. A Minoan Connection” J-C. Goyon, C. Cardin (Eds.) Actes Du Neuvième Congrès International Des Égyptologues, p. 1287.
- ^ Robinson, D. (2012). "Review of: Anderson, A., et al. (2010), The Global Origins and Development of Seafaring". International Journal of Nautical Archaeology. 41 (1): 206–208. doi:10.1111/j.1095-9270.2011.00333_2.x. S2CID 162515460.
- ^ Geggel, Laura (21 February 2020). "Dozens of ancient Egyptian graves found with rare clay coffins". livescience.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-28.
- ^ "الكشف عن 83 مقبرة أثرية بمنطقة آثار كوم الخلجان بمحافظة الدقهلية". اليوم السابع. 2020-02-12. Dicapai pada 2020-06-28.
- ^ Josephson, Jack (29 November 2015). "Naqada IId, Birth of an Empire". Journal of the American Research Center in Egypt (51): 169. doi:10.5913/JARCE.51.2015.A007.
Menjelang Naqada IIIa (Dinasti 0) pembuatan gading kecil yang diukir dengan hebat telah digantikan dengan pengenalan palet greywacke yang dihias dengan teliti.
- ^ Dee dll. 2014, m/s. 320.
- ^ a b Brovarski, Edward. REFLECTIONS ON THE BATTLEFIELD AND LIBYAN BOOTY PALETTES. m/s. 89.
- ^ "Sedikit lebih tinggi, satu figura yang berpakaian jubah panjang bersulam memimpin seorang tawanan." dalam Bazin, Germain (1976). The History of World Sculpture. Chartwell Books. m/s. 100. ISBN 978-0-89009-089-3.
- ^ Kelder, Jorrit (2017). Narmer, scorpion and the representation of the early Egyptian court: Published in Origini n. XXXV/2013. Rivista annuale del Dipartimento di Scienze dell'Antichità – "Sapienza" Università di Roma Preistoria e protostoria delle civiltà antiche – Prehistory and protohistory of ancient civilizations. Gangemi Editore. m/s. 152. ISBN 978-88-492-4791-6.
- ^ Tamás, Bács (2017). Bevezetés az ókori Egyiptom művészetébe (PDF). Budapest: Gondolat Kiadó. m/s. 16, Rajah 6. ISBN 978 963 693 791 1.
- ^ a b c d Orriols i Llonch, Marc (2020). "Predynastic tusks and penis sheaths: a new interpretation". Archéo-Nil: 149–167.
- ^ Hendrickx, S.; Eyckerman, M. (2008). "Tusks and tags. Between the hippopotamus and the Naqada plant". Egypt at its Origins 3. Proceedings of the International Conference “Origin of the State. Predynastic and Early Dynastic Egypt”. Leuven. m/s. 497–570. ISBN 9789042924901.
- ^ Nunn, John F. (2002). Ancient Egyptian Medicine. University of Oklahoma Press. m/s. 69. ISBN 9780806135045.
- ^ Kemp, Barry John (2018). Ancient Egypt: anatomy of a civilization (ed. 3rd). New-York (NY): Routledge. m/s. 14/44, Fig.2.6. ISBN 978-0415827263.
Early in the developmental sequence of kingship is tomb 100 (the ‘Decorated Tomb’), probably the tomb of an early king of Hierakonpolis of the Nagada IIC phase (c. 3400–3300 BC).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Kategori berkaitan Naqada III di Wikimedia Commons