Pergi ke kandungan

Muhammad Fakhruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Fakhruddin
محمد فخر الدين
Setiausaha Pemuda ARMADA BERSATU Kalabakan
Menyandang jawatan
10 September 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
Ketua Biro Agama ARMADA BERSATU
Semporna
Dalam jawatan
15 Mac 2020  15 November 2020
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan & Kebajikan Sosial Briged Aman Malaysia
Dalam jawatan
13 July 2019  15 Januari 2020
Pegawai Khas ADUN
Dalam jawatan
5 Mei 2013  15 July 2013
Maklumat peribadi
LahirTawau
Parti politik PN-BERSATU (2020)
PH-BERSATU (2019-2020)
UMNO (2018)
Tempat belajarUNITAR International University (BA)
PekerjaanAhli Politik

Haji Muhammad Fakhruddin (lahir Januari 1990) ialah seorang ahli politik bagi negeri Sabah, Malaysia. Beliau merupakan ahli rasmi bagi BERSATU.

Di peringkat akar umbi, beliau adalah Setiausaha Pemuda ARMADA BERSATU Bahagian Kalabakan dan Ahli Jawatankuasa ARMADA BERSATU yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti pada tahun 2024.Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Biro Agama ARMADA Bersatu Bahagian Semporna pada tahun 2020.[1]

Dalam NGO parti peringkat Negeri beliau pernah dilantik memegang jawatan Naib Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan & Kebajikan Sosial (Briged Aman Malaysia) pada tahun 2019.[2] Penaung bagi NGO BERSATU ini adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia Tuan Abu Bakar Yahya [3]

Kerjaya Perkhidmatan Awam

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017,beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Kewangan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS) Kota Kinabalu sebelum bergiat sepenuhnya dalam Politik dan NGO.

Penglibatan Persatuan

[sunting | sunting sumber]

Fakhruddin aktif dalam program kebajikan,dakwah islamiah, kemasyarakatan terutamanya dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), dengan jawatan yang pernah disandangnya adalah Ketua Penerangan dan Penolong Setiausaha Bahagian selama dua penggal (2018-2024).

Beliau juga pernah mewakili Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di peringkat Antarabangsa dalam Kursus Kepimpinan Belia Asia Pasifik.[4]Anjuran Regional Islamic Da'wah Council of Southeast Asia and the Pacific (RISEAP).[5]

  • Sabah
    • Bintang Setia Kinabalu (B.S.K.) (2026) [6]
    • Bintang Kinabalu (B.K.) (2021) [7]