Mitla
Mitla merupakan tapak arkeologi kedua terpenting di negeri Oaxaca di Mexico,selepas Monte Albán,dan yang paling penting dalam budaya Zapotec.[1] Tapak ini terletak 44 km dari bandar Oaxaca,[2] di hujung atas Lembah Tlacolula,salah satu daripada tiga lembah sejuk dan tinggi telah membentuk Wilayah Lembah Tengah di negeri ini.[3] Pada ketinggian 4,855 ft (1,480 m),dikelilingi oleh pergunungan Sierra Madre del Sur,[4] tapak arkeologi ini berada dalam kawasan perbandaran moden San Pablo Villa de Mitla .[5] Ianya berukuran 24 batu (38 km) tenggara bandar Oaxaca. Walaupun Monte Albán merupakan pusat Zapotec yang paling penting dari segi politik, Mitla menjadi pusat keagamaan utama pada zaman seterusnya apabila kawasan itu dikuasai oleh Mixtec.[3]
Nama Mitla berasal daripada Nahuatl nama Mictlán, bermaksud "tempat orang mati" atau "dunia bawah tanah." Nama Zapotecnya ialah Lyobaa, yang bererti "tempat rehat".Nama Mictlán telah diubah kepada Mitla.[6]Ianya telah ditubuhkan sebagai tapak pengebumian suci oleh Zapotec,selain itu, seni bina dan reka bentuknya juga menunjukkan pengaruh Mixtec,yang telah menjadi terkenal di kawasan itu semasa kemuncak penempatan Mitla.
Mitla sangat unik di antara tapak Mesoamerika kerana ukiran mozeknya yang menarik,dan rumit serta reka bentuk geometri yang meliputi makam,panel,friezes,dan juga seluruh dinding kompleks. Mozek ini diperbuat daripada kepingan batu kecil, dipotong halus digilap dan dipasang bersama tanpa menggunakan mortar.Tiada tapak lain di Mexico yang mempunyai karya hiasan seunik ini.[6][7][8]
Tapak Sejarah
[sunting | sunting sumber]Mitla merupakan salah satu daripada banyak tapak arkeologi yang dijaga dengan baik di Lembah Oaxaca,di mana iklim yang sejuk dan kering telah memulihara tapak-tapak yang berusia seawal 10,000 tahun .Lembah ini telah didiami oleh Zapotec sebelum pergantian alaf pertama,yang mengambil masa selama berabad-abad membangunkan masyarakat hierarki yang diperintah oleh golongan elit. Walaupun lembah ini sedikit terpencil, Zapotec mempunyai hubungan dengan orang Mesoamerika yang lain .Ini telah ditunjukkan oleh pengaruh budaya, tembikar dan lain-lain yang mengalir ke sana ke mari antara orang lain .
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Conservan Mitla" [Conserving Mitla] (dalam bahasa Sepanyol). Mexico: INAH. 2009-09-09. Dicapai pada 2009-12-10.[pautan mati]
- ^ "Zona Arquelógica de Mitla" [Mitla Archeological Zone] (dalam bahasa Sepanyol). Oaxaca: Oaxaca Mio. Dicapai pada December 10, 2009.
- ^ a b Stevens, Al (2003-11-01). "The Grecas of Mitla". Our Mexico. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-15. Dicapai pada 2009-12-10.
- ^ "Mitla archaeological site, Mexico". Encyclopedia Britannica. britannica.com. n.d. Dicapai pada 20 June 2020.
- ^ Zap, Tom. "Mitla, Oaxaca". Oaxaca. Dicapai pada December 10, 2009.
- ^ a b "Mitla (Lugar de Muertos)" [Mitla Archeological Zone] (dalam bahasa Sepanyol). Oaxaca: Oaxaca Mio. Diarkibkan daripada yang asal pada November 6, 2014. Dicapai pada December 10, 2009. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "2oaxmio" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Intensifican acciones para conservar antigua ciudad zapoteca de Mitla" [Intensify actions to preserve the ancient Zapotec city of Mitla]. Milenio (dalam bahasa Sepanyol). Mexico City. Notimex. 2009-09-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-14. Dicapai pada 2009-12-10.
- ^ "Cronología de México Oaxaca Artes e Historía Mexico" [Chronology of Mexico-Oaxaca Arts and History Mexico] (dalam bahasa Sepanyol). Mexico: INAH. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2011. Dicapai pada December 10, 2009.