Pergi ke kandungan

Meera Alyanna Mukhriz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meera Alyanna Mukhriz
ميرا الياننا مخريز
Maklumat peribadi
Lahir
Meera Alyanna binti Mukhriz

(1995-06-13) 13 Jun 1995 (umur 30)
Kedah, Malaysia
PasanganEzran Daud Cheah (k. 2020)
Ibu bapaDato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir (bapa)
To' Puan Seri Utama Hajah Norzieta Zakaria (ibu)
PendidikanGarden International School
Tempat belajarImperial College Business School

Meera Alyanna binti Dato' Seri Utama Haji Mukhriz (Jawi: ميرا الياننا بنت مخريز; lahir 13 Jun 1995), atau lebih dikenali sebagai Ally Mukhriz, merupakan seorang selebriti Instagram Malaysia. Beliau merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir[1] dan juga cucu kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.[2][3]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2019, Meera Alyanna menghadiri majlis graduasi setelah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Pemasaran Strategik tahun 2018 daripada Imperial College Business School. Meera Alyanna berkongsi beberapa posting di laman Instagram miliknya mengenakan jubah konvokesyen di Imperial College Business School, London.[4]

Kontroversi dan isu

[sunting | sunting sumber]

Perlanggaran SOP COVID-19

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Ogos 2020, Meera Alyanna dan suami ditahan di sebuah pub Taman Tun Dr Ismail kerana melanggar PKPP.[5]

Pada 27 Ogos 2020, Mukhriz Mahathir mengesahkan Meera Alyanna dan anak menantunya ditahan dan didenda RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Mukhriz itu berkata beliau kecewa dengan pasangan terbabit yang ditahan pihak polis ketika serbuan di sebuah pub di ibu negara.[6][7]

Pada 28 Ogos 2020, Meera Alyanna memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.[8] Jelas beliau, mereka semua di bawa ke balai polis dan dikenakan denda RM1,000 seorang sebelum dibenarkan pulang kira-kira pukul 5.30 pagi.[9] Dalam masa sama, beliau turut menyatakan kekesalannya serta malu terhadap perbuatannya yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab ketika seluruh rakyat Malaysia masih lagi resah dengan penularan pandemik COVID-19.[10]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Februari 2020, Meera Alyanna telah melangsungkan perkahwinan bersama dengan Ezran Daud Cheah.[11] Setiap kali menyentuh soal keluarga, Meera Alyanna kelihatan paling tenang. Beliau sangat rapat dengan ibunya, dan sering menyebut bahawa keluargalah yang membentuk jati dirinya hari ini. Meera Alyanna lebih senang dengan ruang peribadi, dan hanya hadir di acara yang benar-benar penting atau yang selari dengan nilainya.[12]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Reporters, F. M. T. (2016-02-08). "Mukhriz's daughter pays tribute to the 'great man' in her life". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Cucu dedah wajah individu di 'wallpaper' telefon Tun Mahathir". www.astroawani.com. 2017-09-03.
  3. ^ "Tun Mahathir Mohamad's granddaughter Ally Mukhriz shares thoughtful reflections on living in the spotlight". www.prestigeonline.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-05.
  4. ^ Cucu Tun M terima ‘Masters’ pada usia 24 tahun di London
  5. ^ "Tun Mahathir's Granddaughter Accused Of Visiting Pub & Violating RMCO?". Hype Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2020-08-27.
  6. ^ Tanzizi, Noor Hidayah (2020-08-27). "Mukhriz akui anak, menantu langgar PKPP". Berita Harian.
  7. ^ "Mukhriz Mahathir Confirms Daughter & Son-In-Law's Arrest For Violating RMCO". Hype Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2020-08-27.
  8. ^ ""Saya menyesal kerana telah menyusahkan keluarga dan rakan-rakan" - Anak Mukhriz minta maaf". Astro Awani. 2020-08-29.
  9. ^ MANZOR, ZULKIFLI; SHAMSURI, AHMAD SHAHERMAN (2020-08-29). "Anak Mukhriz menyesal langgar PKPP". Kosmo Digital.
  10. ^ "Mukhriz's daughter says 'deeply ashamed' of RMCO violation arrest". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-08-29.
  11. ^ CHALIL, MELANIE (2020-02-21). "Dr M's granddaughter Ally Mukhriz gets married, shares cute photo eating instant noodles in wedding outfit". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ Fuad, Farhana (2025-07-10). "7 Perkara Tentang Ally Mukhriz Yang Ramai Tidak Tahu". Glam Malaysia.