Pergi ke kandungan

Material Design

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Material Design
PembangunGoogle
Pelancaran pertama25 Jun 2014; 12 tahun yang lalu (2014-06-25)
Versi
Versi terkini/stabil
Senarai Senarai
iOS (mul) Terjemah, GitHub (mul) Terjemah: 124.2.0 (26 April 2021)
pelayar web: 14.0.0 (28 April 2022)
Android (mul) Terjemah: 1.12.0 (2 Mei 2024) Sunting nilai ini di Wikidata
Ditulis dalamHTML, CSS, Sass (v4), JavaScript, AngularJS, Angular, Java, Objective-C, Swift, Dart
Sistem pengendalianrentas pelantar Sunting nilai ini di Wikidata
PelantarAndroid, iOS, Web
JenisDesign language (en) Terjemah, perisian, JavaScript library (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
GenreBahasa reka bentuk
Lesen
Pautan berkaitan
Tapak webVersi Terkini

Versi Arkib

Repositori
Pautan lainGitHub: material-components
X: materialdesign YouTube: UCcnSNQb0tLVd8uT7gzI8duA Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Material Design (nama kod Quantum Paper)[1] ialah bahasa reka bentuk yang dibangunkan Google pada tahun 2014. Memperluaskan motif "kad" yang bermula pada Google Now, Material Design menggunakan lebih banyak susun atur berasaskan grid, animasi responsif dan peralihan, padding, dan kesan mendalam seperti pencahayaan dan bayang-bayang. Google mengumumkan Material Design pada 25 Jun 2014, pada persidangan Google I/O.

Tujuan pembangunan Material Design adalah untuk mencipta bahasa visual baharu yang menggabungkan prinsip klasik reka bentuk yang baik dengan inovasi serta potensi sains dan teknologi. Ketua pereka, Matías Duarte, menjelaskan bahawa "berbeza dengan kertas sebenar, bahan digital kami boleh berkembang dan diperbaharui dengan bijak. Bahan ini mempunyai permukaan dan tepi fizikal. Jahitan serta bayang pula memberi gambaran tentang apa yang boleh disentuh." Material Design berasaskan konsep interaksi kertas dan dakwat serta skeuomorfisme, namun dengan pelaksanaan yang lebih moden.[2][3][4]

Pada tahun 2021, Google telah merombak bahasa reka bentuknya dengan memperkenalkan versi baharu yang dikenali sebagai Material You (Material Design 3).[5] Ia memberikan lebih fleksibiliti kepada pereka untuk mencipta tema tersuai dengan kepelbagaian geometri, warna, dan tipografi.[6]

Pada tahun 2025, evolusi bahasa reka bentuk seterusnya, bertajuk "Material 3 Expressive", telah diumumkan.[7]

Pelaksanaan

[sunting | sunting sumber]

Material Design telah dilancarkan secara beransur-ansur merentas semua produk web dan mudah alih Google, bagi memberikan pengalaman yang konsisten di semua platform dan aplikasi. Google juga telah mengeluarkan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) untuk pembangun pihak ketiga bagi menyepadukan bahasa reka bentuk tersebut ke dalam aplikasi mereka.[8][9][10]

Pelaksanaan Kanonikal sumber terbuka Material Design untuk antara muka pengguna aplikasi web dikenali sebagai Material Web.[11] Selain itu, terdapat kaedah rasmi lain untuk melaksanakannya, seperti penggunaan Flutter.[12] atau Jetpack Compose [13].

Kemas Kini

[sunting | sunting sumber]
Material Design 2 (2018)
Material Design 3 (2021)

Material Design 2

[sunting | sunting sumber]

Selepas rombakan pada tahun 2018, Google mula mereka bentuk semula kebanyakan aplikasi mereka berdasarkan set prinsip dan garis panduan dikemas kini yang digelar sebagai "Material Design 2", yang muncul pada Android Pie.[14] Ia memberikan tumpuan yang lebih besar kepada penyesuaian komponen asas Material Design bagi menyesuaikannya dengan penjenamaan produk yang menggunakannya.[15] Garis panduan yang dikemas kini itu juga sangat menekankan ruang putih, bucu bulat, ikon berwarna-warni, dan bar navigasi bawah. Google mula menggunakan versi fon proprietari Product Sans mereka yang dioptimumkan saiznya yang dikenali sebagai Google Sans.[16]

Material Design 3 (Material You)

[sunting | sunting sumber]

Di Google I/O pada Mei 2021, Google mengumumkan konsep baharu pada Android 12 yang dikenali sebagai "Material You" (juga dikenali sebagai "Material Design 3"[17]), menekankan peningkatan animasi, butang yang lebih besar, dan keupayaan untuk menjana tema UI tersuai daripada kertas dinding pengguna.[18] Material You telah dilancarkan secara beransur-ansur ke pelbagai aplikasi Google pada versi Android yang lebih lama dalam bulan-bulan berikutnya, serta bertindak sebagai tumpuan utama bagi siri telefon pintar Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.[19][20][21]

Material 3 Expressive

[sunting | sunting sumber]

Di Pameran Android: Edisi I/O pada Mei 2025, Google telah mengumumkan "Material 3 Expressive" untuk Android 16 dan Wear OS 6. Versi Material Design ini mempunyai persamaan dengan versi sebelumnya, namun telah dipertingkatkan dengan animasi yang lebih baik serta reka bentuk yang lebih berwarna-warni dan moden.[22] Ia telah dilancarkan secara beransur-ansur kepada telefon Pixel (Pixel 6 dan ke atas) serta Tablet Pixel, bermula pada September 2025.[23]

  1. "Exclusive: Quantum Paper And Google's Upcoming Effort To Make Consistent UI Simple". Techcrunch. Dicapai pada 11 Jun 2014.
  2. "Google's new 'Material Design' UI coming to Android, Chrome OS and the web". Engadget. 25 June 2014. Dicapai pada 26 June 2014.
  3. "Google's New, Improved Android Will Deliver A Unified Design Language". Co.Design. 25 June 2014. Dicapai pada 26 June 2014.
  4. "Google Reveals Details About Android L at Google IO". Anandtech. Diarkibkan daripada yang asal pada June 28, 2014. Dicapai pada 26 June 2014.
  5. Pablo Costa (October 19, 2025). "Android Design History — Material Design 3: Material You".
  6. "Material Design". Material Design (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-03.
  7. "Material Design". Material Design (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-03.
  8. Chris Smith (30 July 2014). "Google's Material Design is about to change the way we look at the worldwide web". BGR.
  9. "We just played with Android's L Developer Preview". Engadget. AOL. 26 June 2014. Dicapai pada 26 June 2014.
  10. "Google's next big Android redesign is coming in the fall". The Verge. Vox Media. 25 June 2014. Dicapai pada 26 June 2014.
  11. "Web – Material Design 3". Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-09-08.
  12. "Material Design 3 for Flutter". Material Design (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-03-28.
  13. "Material Design 3 for Jetpack Compose". Material Design (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-03-28.
  14. Hall, Stephen (2018-04-26). "What exactly is this so-called 'Material Design 2,' and what will it look like?". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-06.
  15. "Material Design". Material Design (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-06.
  16. Hall, Stephen (2018-05-09). "Now we know: Google Sans is actually a size-optimized version of Product Sans". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-06.
  17. Material Design [@materialdesign] (October 27, 2021). "The latest in Material Design is NOW available. With Material Design 3, our next generation of the system, we're introducing Material You — a new set of features that help make your apps more personalized. Give it a try → goo.gle/m3-material-io #AndroidDevSummit" (Twit). Dicapai pada October 27, 2021 melalui Twitter.
  18. Bohn, Dieter (2021-05-18). "Android 12 preview: first look at Google's radical new design". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-19.
  19. Warren, Tom (September 10, 2021). "Google's Material You design is coming to Gmail, Calendar, and Docs on Android". The Verge. Dicapai pada September 19, 2021.
  20. Li, Abner (September 15, 2021). "Google Photos rolling out Material You redesign, but without Dynamic Color". 9to5Google. Dicapai pada September 19, 2021.
  21. "Google Contacts is already getting its Material You UI makeover". Android Police. 2021-07-29. Dicapai pada 2021-09-19.
  22. "Android and Wear OS are getting a big refresh". Google (dalam bahasa Inggeris). 2025-05-13. Dicapai pada 2025-05-13.
  23. Malik, Aisha (2025-09-03). "Google brings Material 3 Expressive to Pixel 6 and newer devices, along with other features". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-12.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]