Pergi ke kandungan

Maneto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maneto
Negara asalSepanyol
Trait
Berat 8.5–11.5 kg (19–25 lb)
Tinggi 30–35 cm (12–14 in)
Bulu pendek, licin
Warna kayu manis atau dwiwarna (kayu manis dan putih)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Maneto[a] ialah satu baka anjing yang asli di Andalusia di Sepanyol. Ia diterbitkan daripada anjing pemburu Andalusia bersaiz sederhana dan digunakan untuk memburu arnab, seruk, puyuh, dan untuk mengutip itik dari perairan. Tungkainya pendek berbanding dengan tubuhnya dan telinganya berbentuk segi tiga dan tumpul.[1] Baka ini diiktiraf dengan nama maneto oleh Real Sociedad Canina de España. Perkataan "maneto" dalam bahasa Sepanyol menunjukkan kecacatan pada mana-mana tangan atau tungkai.[2]

Pada tahun 2026, ia merupakan antara enam belas baka Sepanyol yang dianggap rentan oleh Real Sociedad Canina de España.[3]

  1. Jawi: مانيتو
  1. "Maneto" [Maneto] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Real Sociedad Canina de España. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  2. "maneto". Diccionario de la lengua española (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 31 Mac 2024.
  3. "RAZAS ESPAÑOLAS CONSIDERADAS VULNERABLES (del 1 de mayo de 2025 al 30 de abril de 2026)" [BAKA SEPANYOL YANG DIANGGAP RENTAN (dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2026)] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 November 2025. Dicapai pada 31 Januari 2026.