Pergi ke kandungan

Lee Kee Hiong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lee Kee Hong)
Lee Kee Hiong
李继香
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Kuala Kubu Baharu
Dalam jawatan
5 Mei 2013  21 Mac 2024
Didahului olehWong Koon Mun
(BNMCA)
Digantikan olehPang Sock Tao
(PHDAP)
Majoriti1,702 (2013)
7,134 (2018)
4,119 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Lee Kee Hiong

(1966-03-16)16 Mac 1966
JohorMalaysia Muar, Johor, Malaysia
Meninggal dunia21 Mac 2024(2024-03-21) (umur 58)
SelangorMalaysia Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Punca kematianKanser ovari
Tempat semadiKrematorium Nirvana, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Gagasan Rakyat (GR)
(1993–1996)
Barisan Alternatif (BA)
(1999–2004)
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(2015–2024)
PasanganLee Jenn Huei
PendidikanSekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Fong 1
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka
Tempat belajarUniversiti Malaya
(Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi Sumber & Ijazah Sarjana dalam Pustakawan dan Sains Maklumat)
PekerjaanAhli politik

Lee Kee Hiong[1] (16 Mac 1966 – 21 Mac 2024) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Kuala Kubu Baharu dari Mei 2013 sehingga kematiannya pada Mac 2024. Beliau merupakan ahli dan Ketua Wanita Negeri Selangor bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya Pakatan Rakyat (PR), Barisan Alternatif (BA) serta Gagasan Rakyat (GR). Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dari 2008 hingga 2013, Setiausaha Politik dan Pembantu Khas kepada veteran DAP Lim Kit Siang serta Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pemberdayaan Wanita (PWB).

Lee meninggal dunia akibat kanser ovari di Petaling Jaya, Selangor, pada 21 Mac 2024. Beliau berusia 58 tahun. Pilihan raya kecil telah diadakan susulan kematian ketika memegang jawatan pada 11 Mei 2024. Pang Sock Tao dari PH telah dipilih sebagai pengganti beliau sebagai ADUN Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 3,869 undi dalam pilihan raya tersebut.[2][3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Melaka
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 N19 Duyong Lee Kee Hiong (DAP) 3,439 36.01% Gan Boon Leong (MCA) 5,119 53.60% 9,738 1,680 77.94%
Mohd Ali Mohd Sharif (PAS) 993 10.40%
Dewan Undangan Negeri Selangor[4][5]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N06 Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong (DAP) 9,469 53.46% Ooi Hui Wen (MCA) 7,767 43.85% 18,165 1,702 85.74%
Yoong Tham Fook (BEBAS) 250 1.41%
Pritpal Singh Mender Singh (BEBAS) 117 0.66%
Nadarajah Supramaniam (BEBAS) 108 0.61%
2018 Lee Kee Hiong (DAP) 14,101 57.85% Wong Koon Mun (MCA) 6,967 28.59% 24,746 7,134 84.94%
Naharudin Abdul Rashid (PAS) 3,306 13.56%
2023 Lee Kee Hiong (DAP) 14,862 54.40% Henry Teoh Kien Hong (Gerakan) 10,743 39.33% 27,662 4,119 69.13%
Sivaprakash Ramasamy (MUDA) 1,186 4.34%
Chng Boon Lai (PRM) 527 1.90%
  1. "Y.B. Puan Lee Kee Hiong". dewan.selangor.gov.my.
  2. "KKB rep Lee Kee Hiong dies". www.nst.com.my. 21 Mac 2024.
  3. "Kuala Kubu Bharu assemblyman dies". www.freemalaysiatoday.com. 21 Mac 2024.
  4. "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  5. "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]