Pergi ke kandungan

Kuasa 10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Visualisasi kuasa 10 dari satu hingga satu bilion.

Dalam matematik, kuasa 10 adalah mana-mana kuasa integer berangka sepuluh; dalam erti kata lain, sepuluh didarabkan dengan sendirinya beberapa kali (apabila kuasa adalah integer positif). Secara takrifnya, nombor satu juga adalah kuasa sepuluh (kuasa kosong). Kuasa sepuluh bukan negatif yang pertama ialah:

1, 10, 100, 1,000, 10,000, 100,000, 1,000,000, 10,000,000.... (jujukan A011557 dalam OEIS)

Istilah dan sufiks

[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Melayu, kuasa sepuluh kebanyakan mempunyai prefiks (imbuhan awalan) dipinjam daripada bahasa Latin serta istilah yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris seperti "bilion" dan "trilion". Tiga eksponen pertama asas adalah:

  • - ''sa''
  • - ''puluh''
  • - ''ratus''

Yang asal daripada bahasa Austronesia Purba.

Selepas itu, bagi setiap eksponen , imbuhan sa, puluh dan ratus ditambah ke hadapan sufiks mengikut bentuk pola ini;

  • - Istilah sahaja
  • - "puluh [nama istilah]"
  • - "ratus [nama istilah]"

Dalam erti lain;

  • => "puluh [nama istilah]"
  • => "ratus [nama istilah]"

Sebagai contoh, disebut sebagai "sepuluh trilion" sebab ( ialah "puluh" dan nama istilah ialah "trilion"). Berikut merupakan senarai nama istilah serta pewakilan simbol SI:

Nama Eksponen Simbol SI Awalan SI Tahun Kerasmian
Sa (tiada) (tiada) -
Puluh deka- 1960
Ratus hekto- 1960
Ribu kilo- 1960
Puluh ribu (tiada) (tiada) -
Ratus ribu (tiada) (tiada) -
Juta mega- 1960
Bilion giga- 1960
Trilion tera- 1960
Kuadrilion peta- 1975
Kuintilion eksa- 1975
Sekstilion zetta- 1991
Septilion yotta- 1991
Oktilion ronna- 2022
Nonilion kuetta- 2022
Desilion (tiada) (tiada) -
Vigintilion (tiada) (tiada) -
Googol (tiada) (tiada) -

Ia diperhatikan bahawa beberapa buku dan jurnal tidak dikemas kini sampai (yotta-).[1] Ini sebab kedua-dua awalan seterusnya (ronna- /ronto- dan kuetta-/kuekto-) hanya dirasmikan pada tahun 2022.[2][3]

Untuk eksponen negatif, peraturan sama digunakan dengan sedikit perbezaan bahawa "perse-" ditambah di hadapan imbuhan awalan dan nama istilah (contohnya, "perseratus juta") atau hanya "per-" jika hanya nama istilah (seperti "peroktilion").

Berikut adalah senarai kuasa negatif:

Nama Eksponen Simbol SI Awalan SI
Persepuluh desi-
Perseratus senti-
Perseribu mili-
Persepuluh ribu (tiada) (tiada)
Perseratus ribu (tiada) (tiada)
Perjuta mikro-
Perbilion nano-
Pertrilion piko-
Perkuadrilion femto-
Perkuintilion atto-
Persekstilion zepto-
Perseptilion yokto-
Peroktilion ronto-
Pernonilion kuekto-

Googol dan googolplex

[sunting | sunting sumber]

Istilah googol didefinisikan dalam buku ahli matematik Amerika, Edward Kasner sebagai:[4]

"1 followed by a hundred zeros." "1 diikuti dengan seratus sifar."

-Mathematics and the Imagination, m/s 20.

Istilah tersebut dicipta oleh Milton Sirotta, anak saudara beliau yang berusia 9 tahun pada tahun 1938.[5] Ia digunakan untuk membandingkan dan menggambarkan jumlah yang sangat besar. Googolplex, kuasa sepuluh lebih besar (10 kepada kuasa googol, atau 1010100), juga diperkenalkan dalam buku itu.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. https://physics.nist.gov/cuu/pdf/sp330.pdf m/s 14
  2. "SI prefixes". BIPM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-24.
  3. "SI units". NPLWebsite (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-24.
  4. Kasner Edward and Newman James (1949). Mathematics and The Imagination, m/s 20. With Drawings and Diagrams By Rufus Isaacs, London: G. Bell and Sons,ltd.
  5. Weisstein, Eric W. "Googol". mathworld.wolfram.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-24.