Kimberly Chuah
Kimberly Chuah | |
|---|---|
金佰利 蔡清莉 | |
| Kelahiran | Kimberly Chuah Ching Li 12 Jun 2000 |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model, selebriti media sosial |
| Tahun aktif | 2020–kini |
Karya | Filemografi |
Kimberly Chuah Ching Li (Cina: 金佰利 蔡清莉; lahir 12 Jun 2000) ialah seorang pelakon, pengacara, model dan personaliti media sosial wanita Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian selepas tular di aplikasi TikTok pada tahun 2021 kerana penguasaan dan kefasihannya berbahasa Melayu. [1] Namanya semakin menyerlah selepas berjaya diterima sebagai peserta dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja 2022, sehingga berjaya mendapat tempat ketiga di peringkat akhir.[2][3]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sejak 2020, Chuah aktif menghasilkan video di platform TikTok miliknya. Video-videonya menarik perhatian ramai dan menerima respon positif daripada penonton sehingga mencecah lebih daripada 1.5 juta tontonan. Dengan peningkatan popularitinya, beliau mula diberi peluang untuk memasuki industri seni berbahasa Melayu terutamanya di dalam projek lakonan drama dan telefilem.[4]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Chuah berketurunan Baba dan Nyonya. Beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarganya. Beliau dibesarkan untuk fasih berbahasa Melayu sejak dari kecil, dan telah bersekolah di sekolah kebangsaan sehingga ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kerana ingin membantu menyara keluarganya sambil mempelajari kemahiran baharu di dalam bidang seni, beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu impiannya ke menara gading.[5][6]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan | Ruj. |
|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | Dewi Remaja 2021/2022 | Finalis | Dirinya sendiri | Menang (Tempat Ketiga) | [7] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Murnaena Muhammad Nasir (17 November 2021). "'Amoi' tak pelat cakap Melayu, suka sambal belacan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2024.
- ^ Mustazah GP (27 Julai 2022). "Senarai Dan Biodata 16 Finalis / Peserta Dewi Remaja 2022". Iluminasi. Dicapai pada 7 Mei 2024.
- ^ Nana (4 September 2022). ""Ini Adalah Pencapaian Yang Besar.." – Aura & Kefasihan Bahasa Kebangsaan Kimberly Chuah Memikat!". Remaja. Dicapai pada 7 Mei 2024.
- ^ NST (18 November 2021). "Showbiz: Kimberly a hit with drama fans for excellent Bahasa". The New Straits Times. Dicapai pada 7 May 2024.
- ^ Mustazah GP (1 September 2023). "Biodata Kimberly Chuah, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)". Iluminasi. Dicapai pada 7 May 2024.
- ^ Georgie Joseph (20 Julai 2023). "Kimberly Chuah lakukan pelbagai kerja sejak tingkatan 6". Harian Metro. Dicapai pada 7 May 2024.
- ^ Nana (4 September 2022). ""Ini Adalah Pencapaian Yang Besar.." – Aura & Kefasihan Bahasa Kebangsaan Kimberly Chuah Memikat!". Remaja. Dicapai pada 7 May 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kimberly Chuah di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Kimberly Chuah di Instagram
- Kimberly Chuah di TikTok
- Kimberly Chuah di X
- Chuah Video di YouTube
- Nama pengguna X tiada di Wikidata
- Kelahiran 2000
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Buddha Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Peserta Dewi Remaja