Keratitis Acanthamoeba
| Keratitis Acanthamoeba | |
|---|---|
Pencerapan fluoresein pada mata pesakit dengan keratitis Acanthamoeba | |
| Keterangan | |
| Punca | Jangkitan |
| Jenis | |
| Kerumitan | Ketidaksempurnaan untuk melihat, buta |
| Faktor risiko | Pengguna kanta lekap, penggunaan air yang tercemar, penduduk dengan taraf sosioekonomi rendah |
| Rawatan | |
| Pengkhususan | Oftalmologi, infeksiologi |
| Langkah rawatan | Perubatan biasa, debridemen, transplantasi kornea |
| Perangkaan | |
| Kekerapan | 1.2–3 juta orang setiap tahun; 1 per 10,000 pengguna lensa kontak[1] |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Keratitis Acanthamoeba ialah penyakit jarang berlaku, dan bentuk kepada keratitis yang disebabkan oleh serangan Amoeba daripada genus Acanthamoeba pada bahagian hadapan mata, iaitu pada kornea. Ia telah menjejaskan lebih kira-kira 100 orang di Amerika Syarikat setiap tahunnya.[2] Acanthamoeba ialah protozoa yang boleh ditemukan hampir di mana-mana dalam tanah dan air, dan boleh memyebabkan jangkitan pada bahagian kulit, mata, dan sistem saraf pusat.[3]
Jangkitan kornea yang disebabkan oleh Acanthamoeba adalah sukar untuk dirawat dengan ubat-ubat konvensional, dan ia boleh menyebabkan kecacatan kekal pada penglihatan kerana berlaku kerosakan pada bahagian kornea mata atau pada mana-mana struktur lain yang terlibat dalam penglihatan.[4][5]
Patogenesis
[sunting | sunting sumber]Di Amerika Syarikat, kes keratitis Acanthamoeba sering dikaitkan dengan penggunaan kanta lekap yang lembut.[6] Acanthamoeba' spp. biasa ditemukan dan menjangkiti kawasan mata melalui pemakaian kanta lekap yang telah terdedah kepada organisma melalui penggunaan larutan kanta yang telah dicemari, menggunakan larutan berasaskan garam buatan sendiri atau air paip, atau juga menggunakan kanta lekap semasa mandi atau berenang.[7][8] Walaupun begitu, Acanthamoeba juga boleh terdedah kepada mata melalui pendedahan kepada tanah atau tumbuh-tumbuhan, atau melalui trauma.[2] Malahan, kes pertama keratitis Acanthamoeba ditafsirkan sebagai satu kes yang disebabkan oleh trauma okular.[2]
Acanthamoeba mampu bertahan hidup dalam ruang antara kanta lekap dan kornea mata.[8][9][10] Kanta lekap yang mempunyai tekstur lembut lebih mudah melekat pada permukaan kornea berbanding dengan tekstur keras, menyebabkan organisma ini lebih mudah membina ikatan glikoprotein bermanosilasi pada permukaan kornea.[11] Penggunaan kanta lekap menggalakkan pembentukan ikatan protein ini.[10] Peningkatan kandungan glikoprotein bersama-sama dengan mikrotrauma pada permukaan epitelium kornea akibat penggunaan kanta lekap akan meningkatkan risiko jangkitan.[11][12] Sebaik sahaja organisma berjaya mendapatkan akses ke kornea, ia akan terus menyerang mata melalui lapisan epitelium dan lapisan Bowman (lamina limitans anterior corneae).[13][11][10]
Dalam kes terpencil, jangkitan kemudiannnya merebak dan berkumpul di sekitar saraf kornea dan menghasilkan deposit berjejari (keratoneuritis radial), dan boleh menghasilkan kesakitan yang ekstrem. Ini juga dapat dilihat dalam keratitis virus dan bakteria, dan mungkin mengelirukan.[14][11][10] Organisma ini juga mampu menyerang ke jangkauan yang lebih dalam.[11] Dengan menggunakan enzim metaloprotease, ia dapat menembusi kornea tetapi sangat jarang menyebabkan jangkitan di dalam mata (endoftalmitis), disebabkan oleh tindak balas neutrofil yang teguh pada ruang anterior bebola mata (camera anterior bulbi oculi).[11][10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Acanthamoeba Infection: Background, Pathophysiology, Epidemiology". Medscape Reference. 2020-03-26. Dicapai pada 2020-05-30.
- 1 2 3 Scruggs, Brittni A.; Quist, Tyler S.; Salinas, Jorge L.; Greiner, Mark A.; dll. (2019). Notes from the Field: Acanthamoeba Keratitis Cases — Iowa, 2002–2017. Morbidity and Mortality Weekly Report (MMWR).
- ↑ "CDC - Acanthamoeba Infection". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 2017-06-21. Dicapai pada 2018-11-06.
- ↑ Lorenzo-Morales J, Khan NA, Walochnik J (2015). "An update on Acanthamoeba keratitis: diagnosis, pathogenesis and treatment". Parasite. 22: 10. doi:10.1051/parasite/2015010. PMC 4330640. PMID 25687209.

- ↑ "CDC - Acanthamoeba Infection - General Information - Acanthamoeba Keratitis FAQs". Cdc.gov. Dicapai pada 2013-08-02.
- ↑ Auran JD, Starr MB, Jakobiec FA (1987). "Acanthamoeba keratitis. A review of the literature". Cornea. 6 (1): 2–26. doi:10.1097/00003226-198706010-00002. PMID 3556011. S2CID 220579859.
- ↑ Ahmad SS (2018-07-01). "Water related ocular diseases". Saudi Journal of Ophthalmology. 32 (3): 227–233. doi:10.1016/j.sjopt.2017.10.009. PMC 6137694. PMID 30224888.
- 1 2 JOHN D.T. (1993) Opportunistically pathogenic free-living amebae. In: J.P. Kreier and J.R. Baker (Eds.), Parasitic Protozoa. Vol. 3. Academic Press, New York, pp. 143–246.
- ↑ Badenoch PR, Adams M, Coster DJ (February 1995). "Corneal virulence, cytopathic effect on human keratocytes and genetic characterization of Acanthamoeba". International Journal for Parasitology. 25 (2): 229–39. doi:10.1016/0020-7519(94)00075-Y. PMID 7622330.
- 1 2 3 4 5 Niederkorn JY, Alizadeh H, Leher H, McCulley JP (May 1999). "The pathogenesis of Acanthamoeba keratitis". Microbes and Infection. 1 (6): 437–43. doi:10.1016/S1286-4579(99)80047-1. PMID 10602676.
- 1 2 3 4 5 6 pubmeddev. "Update on Acanthamoeba Keratitis: Diagnosis, Treatment, and Outcomes - PubMed - NCBI". www.ncbi.nlm.nih.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-12.
- ↑ Anger C, Lally JM (September 2008). "Acanthamoeba: a review of its potential to cause keratitis, current lens care solution disinfection standards and methodologies, and strategies to reduce patient risk". Eye & Contact Lens. 34 (5): 247–53. doi:10.1097/ICL.0b013e31817e7d83. PMID 18779663. S2CID 43868038.
- ↑ Alfawaz A (July 2011). "Radial keratoneuritis as a presenting sign in acanthamoeba keratitis". Middle East African Journal of Ophthalmology. 18 (3): 252–5. doi:10.4103/0974-9233.84062. PMC 3162742. PMID 21887085.
- ↑ Alfawaz A (July 2011). "Radial keratoneuritis as a presenting sign in acanthamoeba keratitis". Middle East African Journal of Ophthalmology. 18 (3): 252–5. doi:10.4103/0974-9233.84062. PMC 3162742. PMID 21887085.
