Pergi ke kandungan

Johari Abdul Ghani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Johari Abdul Ghani
Johari pada 2017
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia
Menyandang jawatan
17 Disember 2025
Raja JohorSultan Ibrahim Ismail
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Sim Tze Tzin
Didahului olehTengku Zafrul Abdul Aziz
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Titiwangsa, Kuala Lumpur
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului oleh Rina Mohd Harun
Majoriti4,632 (2022)
Dalam jawatan
6 Mei 2013  9 Mei 2018
Didahului oleh Lo' Lo' Mohamad Ghazali
Digantikan oleh Rina Mohd Harun
Menteri Perladangan dan Komoditi
Dalam jawatan
12 Disember 2023  16 Disember 2025
Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Chan Foong Hin
Didahului oleh Fadillah Yusof
Digantikan oleh Noraini Ahmad
Ketua Pasukan Bertindak
1MDB
Menyandang jawatan
10 Mac 2023
Raja Pahang Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Bendahari Agung
Barisan Nasional
Menyandang jawatan
27 April 2023
Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi
Didahului oleh Hishammuddin Hussein
Naib Presiden UMNO
Menyandang jawatan
19 Mac 2023
Presiden Ahmad Zahid Hamidi
Didahului oleh Ismail Sabri Yaakob
Mahdzir Khalid
Menteri Kewangan II
Dalam jawatan
27 Jun 2016  9 Mei 2018
Raja
Perdana Menteri Najib Razak
Didahului oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Digantikan oleh Lim Guan Eng
Maklumat peribadi
Lahir
Johari bin Abdul Ghani

(1964-03-06) 6 Mac 1964 (umur 62)
Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
Pasangan
  • Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry
  • Nor Fairos Mohd Nasib
KediamanDesa Pandan, Kuala Lumpur
Tempat belajarFellow Chartered Certified Accountant, London, England
PekerjaanAhli politik, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa
Bidang pengkhususanAkauntan

Datuk Seri Haji Johari bin Abdul Ghani (lahir 6 Mac 1964) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dan seorang Akauntan Bertauliah serta seorang Fellow Chartered Association of Certified Accountants[1], United Kingdom. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia dan Ahli Parlimen Titiwangsa. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (turut hadir).

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Pandan dari tahun 1971 sehingga 1976 dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki di Kampung Pandan dari tahun 1977 hingga 1981.[2] Beliau meneruskan pengajian di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam dari tahun 1982 sehingga tahun 1985 dan memperolehi Diploma Perakaunan.[3] Beliau kemudian melanjutkan pelajaran perakaunan di UK, yang melayakkan beliau untuk menjadi ahli kepada Persatuan Berkanun Akauntan Bertauliah pada tahun 1991.[4]

Kerjaya Profesional dan Korporat

[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Johari memulakan kerjaya di syarikat perakaunan antarabangsa Peat Marwick & Co (sekarang dikenali KPMG). Selama lebih 28 tahun Datuk Seri Johari bergiat dalam dunia keusahawanan dan korporat, beliau menjawat pelbagai jawatan kanan dalam syarikat awam dan persendirian serta mencipta nama sebagai antara usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia.

Datuk Seri Johari juga lebih dikenali di kalangan ahli perniagaan sebagai strategis pemulih korporat berikutan kejayaan memulihkan beberapa syarikat berprofil tinggi yang sebelumnya mencatatkan kerugian. Antara kejayaan paling besar ialah memajukan QSR Brands Berhad, KFC Holdings Berhad, dan Ayamas Food Berhad yang mempunyai jenama KFC, Pizza Hut dan Ayamas. Beliau melupuskan pegangannya dalam syarikat-syarikat berkenaan pada 2005 dengan keuntungan berlipat ganda.

Beliau kemudian mengambil alih Pemanis Sdn Bhd (pembotol eksklusif produk PepsiCo) dan menerajuinya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan antara 2005 hingga 2011. Sebanyak14 jenama produk PepsiCo diuruskan beliau diantaranya seperti Pepsi, Mirinda, 7up, Gatorade, Twister dan Revive. Penjualan francais Pepsi yang dibelinya pada harga RM72 juta pada harga RM820 juta kepada Asahi, Jepun, pada tahun 2011 melonjakkan nama beliau di dalam dunia korporat. Penjualan Permanis juga meraih anugerah transaksi terbaik pada 2011.

Datuk Seri Johari ketika ini adalah Pengerusi dan pemegang saham C.I Holdings Berhad (C.I Holdings) dan KUB Malaysia Berhad (KUB Malaysia). Disamping itu beliau juga pemegang saham utama dalam Central Cables Berhad dan Media Prima Berhad.

Pada tahun 2020, KUB Malaysia dan C.I Holdings meraih anugerah daripada Minority Shareholder Watchdog Group (MWSG) di bawah Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN 2019 (CG 2019). KUB Malaysia meraih tempat pertama kategori Excellence Award For CG Disclosure (Nilai Pasaran antara RM100 juta dan RM300 juta), manakala C.I Holdings meraih anugerah kategori Excellence Award For Long Term Value Creation. Anugerah-anugerah ini membuktikan kepimpinan beliau dalam urus tadbir korporat serta mewujudkan nilai dalam perniagaan yang diterajuinya.

Syarikat pelaburan persendirian miliknya, JAG Capital Holdings Sdn Bhd pula melabur dalam pelbagai industri pemula, modal teroka dan ekuiti persendirian. Datuk Seri Johari juga melabur dalam usahawan berpotensi dengan inovasi bernilai komersial kerana beliau berkeyakinan dalam individu berpotensi, idea baru dan teknologi masa hadapan.

Kerjaya Politik

[sunting | sunting sumber]

Datuk Johari telah aktif dalam politik selama lebih 24 tahun sejak tahun 1988. Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam UMNO dan BN Titiwangsa. Pada Jun 2010, beliau dilantik sebagai Pemangku Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa dan dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Titiwangsa. Berkenaan dengan isu-isu masyarakat yang dibangkitkan oleh Parlimen Titiwangsa, beliau telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat di Titiwangsa pada Julai 2010 untuk membantu dalam menangani dan menyelesaikan isu-isu ini. Antara kebimbangan utama masyarakat Parlimen Titiwangsa ialah kemiskinan, setinggan penyelesaian, infrastruktur, penjual dan lain-lain. Pusat Perkhidmatan Komuniti beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9:00 hingga 18:00.[5]

Pada 27 Julai 2015, Datuk Seri Johari telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.[6] Hasil daripada suatu rombakan Jemaah Menteri pada 27 Jun 2016, beliau telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan II.[7] Sebelum pelantikan beliau ke Jemaah Menteri, Datuk Seri Johari amat aktif dalam bidang korporat bagi tempoh lebih 25 tahun.

Datuk Seri Johari ialah seorang ahli Majlis Ekonomi negara[8]. Majlis Ekonomi ialah suatu badan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab bagi, antara lain, merumus strategi kearah mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan luar dan dalam negara dan juga mengawasi dan menganalisis trend dan perkembangan ekonomi global dan domestik dan merangka tindakan-tindakan spesifik untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. 

Datuk Seri Johari telah dilantik sebagai salah seorang pengarah bagi Khazanah Nasional Berhad[9] iaitu suatu dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia. Beliau juga ialah pengerusi bagi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)[10] iaitu suatu agensi kerajaan bertanggungjawab bagi pembangunan Pulau Langkawi sebagai suatu pusat perlancongan antarabangsa. Datuk Seri Johari pernah sebelum ini menjadi pengerusi UDA Holdings Berhad, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan bandar.  

Datuk Seri Johari ialah ahli Badan Pemegang Pemegang Amanah bagi Yayasan Pelaburan Bumiputera,[11] syarikat induk bagi Permodalan Nasional Berhad, sebuah syarikat yang menguruskan dana unit amanah yang bernilai lebih daripada RM250 bilion di Malaysia. Johari juga aktif dalam Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)[12] yang mana beliau juga merupakan salah seorang Pemegang Amanah. YPPB ialah suatu unit strategik di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan bagi memperkasakan keupayaan dan kemahiran kaum bumiputera dalam bidang ekonomi dan pendidikan.  

Datuk Seri Johari ialah pengasas[13] dan pengerusi bagi Yayasan Bena Nusa yang ditubuhkan bagi tujuan membantu mengurangkan kadar kemiskinan di dalam bandar dan memperbaiki tahap pendidikan bagi anak-anak golongan miskin bandar.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengiktirafan kepada usaha beliau dalam bidang kemasyarakatan, sosial, politik, korporat dan perniagaan, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Selangor (DSIS) oleh Sultan Sharifuddin Idris Shah yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2003. Pada tahun 2005, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Persekutuan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh YDPA Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang membawa gelaran Datuk. Pada 1 Februari 2017, beliau telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) oleh YDPA Sultan Muhammad V yang membawa gelaran Datuk Seri.[14]

Pilihan Raya Umum ke 14

[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum ke 14 yang lepas, Johari telah pun ditewaskan oleh calon Pakatan Harapan dari BERSATU, Rina Mohd Harun. Jawatannya juga sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa dan Timbalan Menteri Kewangan berakhir apabila kerajaan Barisan Nasional kalah dengan bilangan kerusi parlimen sebanyak 79 buah kerusi manakala Pakatan Harapan 122 buah kerusi manakala PAS 18 kerusi sahaja.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[15][16][17][18]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 P119 Titiwangsa Johari Abdul Ghani (UMNO) 23,034 50.96% Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS) 22,168 49.04% 45,631 866 82.54%
2018 Johari Abdul Ghani (UMNO) 19,701 39.10% Rina Mohd Harun (PPBM) 23,840 47.31% 50,858 4,139 82.60%
Mohamad Noor Mohamad (PAS) 6,845 13.59%
2022 Johari Abdul Ghani (UMNO) 25,042 41.15% Khalid Abdul Samad (AMANAH) 20,410 33.54% 60,858 4,632 75.37%
Rosni Adam (PAS) 15,418 23.86%
Khairuddin Abu Hassan (PEJUANG) 888 1.46%

Senarai anugerah yang diterima[19]

  1. Johari Abdul Ghani ACCA Membership 1991
  2. "SMK Aminuddin Baki". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-16. Dicapai pada 2021-08-24.
  3. Laman Rasmi UiTM
  4. Johari Abdul Ghani ACCA Membership 1991
  5. Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa
  6. Johari Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Kewangan
  7. "Cabinet reshuffle: Two full ministers, four new deputy ministers announced [VIDEO]". NST Online. 2016-06-27. Dicapai pada 2017-02-23.
  8. Sesi Bergambar Bersama Ahli-Ahli Majlis Ekonomi Negara
  9. Khazanah Nasional
  10. "Langkawi Development Authority (LADA)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-14. Dicapai pada 2017-11-23.
  11. Yayasan Pelaburan Bumiputera PNB
  12. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)
  13. Johari Pengerusi Yayasan Bena Nusa
  14. Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  15. "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2017. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  17. "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
  18. "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  19. Semakan penerima darjah kebesaran
  20. "DSIS Pertabalan". awards.selangor.gov.my.