Hospital Loveline
Hospital Loveline merupakan siri drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Ng Ken Kin. Ia dibintangi oleh Syarul Ezani dan Scha Elinnea. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 4 September hingga 22 September 2025 menggantikan Setia Itu Mahal.
| Hospital Loveline | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Ng Ken Kin |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Asing" - Najmi Niery |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Dato Sri Jaspal S. Korotana |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | Mediacorp Suria 14 Februari 2026 – 5 April 2026 |
| Siaran asal | 4 September 2025 – 22 September 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Setia Itu Mahal |
| Diikuti oleh | Takdir Cinta Terlarang |
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan perjalanan Sophia (Scha Elinnea), seorang ahli fisioterapi yang ceria dan penuh kasih sayang, serta Dr. Arfan (Syarul Ezani), seorang doktor muda yang disiplin dan berkarisma. Pertemuan mereka bermula dengan insiden cemas yang akhirnya menumbuhkan benih cinta di sebalik dinding hospital.
Sophia yang membesar bersama neneknya, Opah Tijah (Kismah Johar), lebih mengutamakan keluarga berbanding cinta. Namun, segalanya berubah apabila Dr. Arfan bukan sahaja menjadi doktor peribadi Opah, tetapi juga lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Dengan campur tangan Opah, misi menyatukan dua hati ini penuh dengan adegan manis, lucu dan menyentuh perasaan.
Lebih menarik, drama ini turut menyelitkan konflik dalaman hospital apabila Dr. Farhad (Dato’ Jalaluddin Hassan), ayah Dr. Arfan, berdepan tekanan daripada adiknya Dr. Malik (Zarul Umbrella) yang mempertikaikan kepimpinannya sebagai pengarah hospital.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Syarul Ezani sebagai Dr Arfan Qori
- Scha Elinnea sebagai Sophia Iskandar
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Kismah Johar sebagai Opah
- Hanna Aqeela sebagai Dr. Nabila
- Sean Lee sebagai Dr. Eric Choo
- Jaja Iliyes sebagai Mawar
- Zarynn Min sebagai Maksu Seha
- Apich Lo sebagai Razi
- Dato Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Dr Farhad
- Zarul Umbrella sebagai Dr. Malik
- Rahim Omar sebagai Dato Ayob
- Silfeny Osman sebagai Nurse Farah
- Jasper Supayah sebagai Lisa
- Erry Putra sebagai Dr. Shamsul
- Shah Iskandar sebagai Dr. Syafiq
- Zalfa Zin sebagai Eka
- Razzuan Rosli sebagai M. O Dani
- Efraim sebagai M. O Haris
Siaran antarabangsa
[sunting | sunting sumber]| Negara | Rangkaian TV | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| MediaCorp Suria | Februari 2026 | |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| TV3: Slot Akasia, Isnin-Jumaat, 7:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Hospital Loveline | Berikutnya |
| Setia Itu Mahal | Takdir Cinta Terlarang | |