Fizikalisme
Dalam falsafah (metafizik) fizikalisme adalah pendapat yang menyatakan bahawa semua yang ada terdiri daripada yang fizikal sahaja; malah, tidak ada benda lain selain benda fizikal, atau dalam kata lain "semuanya fizikal", tiada yang "melebihi dan terasing" dari yang fizikal.[1][2] Ia bertentangan dengan idealisme, yang menurutnya dunia timbul dari akal atau minda. Fizikalisme ialah salah satu bentuk monisme ontologikal—pandangan "satu zat" tentang sifat realiti, tidak seperti pandangan "dwi-zat" (kedwianan minda–tubuh) atau "bagai-zat" (pluralisme). Kedua-dua takrif "fizikal" dan makna fizik telah diperhujahkan.
Istilah ini digunakan pertama kali oleh Otto Neurath dalam karangannya pada abad ke-20. Pada falsafah kontemporari, fizikalisme sering kali dihubungkan dengan falsafah minda.
Ontologi fizikalisme termasuk apa yang dihuraikan oleh bidang fizik - bukan hanya jirim, tetapi juga tenaga, ruang, waktu, daya, struktur, proses fizik, maklumat, dll.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Stanford Encyclopedia of Philosophy: "Physicalism Diarkibkan 2008-08-21 di Wayback Machine"—by Daniel Stoljar.
- David Papineau interviewed about Physicalism Diarkibkan 2022-05-24 di Wayback Machine for Philosophy Bites podcast.
- The Argument from Physical Minds. Diarkibkan 2021-08-01 di Wayback Machine
- Token and Type physicalism.
- Physicalism and Beyond. Diarkibkan 2006-06-15 di Wayback Machine
- St Edmund's College. Diarkibkan 2011-06-07 di Wayback Machine
- Token vs. Type-Identity. Diarkibkan 2006-07-21 di Wayback Machine
Rujukan
[sunting | sunting sumber]