Pergi ke kandungan

Endul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Endul merujuk kepada sejenis buaian[1][2] yang selalunya direka khas untuk menidurkan bayi. Bayi akan ditidurkan menggunakannya dengan dinyanyikan lagu-lagu, agar bayi tersebut akan terlena.[3] Sebuah endul kebiasaanya terdiri daripada kain, sama ada kain kapas, songket atau kain batik. Kadangkala ia dihiasi bunga untuk memeriahkan suasana.[4]

Dalam dialek Kedah, perkataan endul disebut sebagai endoi,[5] lalu terbit perkataan berendoi iaitu sebuah upacara yang dilakukan pada bayi.

Endul digunakan dalam adat berendul, yang juga dikenali sebagai berendoi. Berendoi merupakan upacara untuk membuai bayi dengan mengikuti sebagaimana cara yang telah diwariskan oleh masyarakat terdahulu.[4]

Adat berendul juga dilakukan oleh masyarakat Banjar, terutamanya di Tawau yang lebih dikenali sebagai naik buai. Naik buai dilaksanakan sekaligus bersama-sama dengan adat bercukur rambut bayi. Ia bertujuan untuk memisahkan bayi daripada tidur di sisi ibunya, kepada tidur di dalam endul.[6]

  1. "endul". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. Fretiagrisah; Mursalim; Purwanti (April 2022). "VARIASI BAHASA DALAM PENJUALAN ONLINE DI GRUP FACEBOOK 'BUSAM': TINJAUAN SOSIOLINGUISTIK". Jurnal Bahasa, Sastra, Seni dan Budaya. 6 (2): 635.
  3. Hervey, D. F. A. (1903). "Malay Games". The Journal of the Anthropological Institute of Great Britain and Ireland. 33: 290.
  4. 1 2 Abu Bakar, S. (2023). FILOSOFI UPACARA ADAT BERENDOI PERSPEKTIF MASYARAKAT KAMPUNG BUKIT BESAR, DAERAH YAN, KEDAH (PDF) (Skripsi).
  5. "endoi" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (Glosari Dialek Kedah).
  6. Mahfudz, N.; Porodong, P. (2017). "Ritual-Ritual Kelahiran Etnik Banjar di Tawau, Sabah" (PDF). PROCEEDINGS ICOSH-UKM 2017: 1012.