Pergi ke kandungan

Ee Chin Li

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ee Chin Li
黄俊历
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Tangkak
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehGoh Tee Tee
(BNMCA)
Majoriti1,537 (2013)
5,077 (2018)
372 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Ee Chin Li

(1982-03-29) 29 Mac 1982 (umur 44)
Daerah Tangkak Tangkak, Johor Johor, Malaysia Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
PasanganCher Ye Ching
AnakEe De Hui
PekerjaanAhli politik

Ee Chin Li (Cina ringkas: 黄俊历; lahir 29 Mac 1982) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Tangkak sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya Pakatan Rakyat (PR).

Beliau pernah menjadi Penolong Bendahari DAPSY Johor pada 2011, Penolong Setiausaha Penganjur DAPSY Johor pada 2013, Bendahari DAPSY Johor pada 2015, Ketua DAPSY Johor pada 2015 serta Bendahari DAP Johor pada 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Yeo Bee Yin dari 2018 sehingga kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.[1]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Johor[2][3][4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N10 Tangkak Ee Chin Li (DAP) 10,729 52.64% Goh Tee Tee (MCA) 9,192 45.10% 20,381 1,537 87.10%
2018 Ee Chin Li (DAP) 13,512 59.83% Goh Tee Tee (MCA) 8,435 37.35% 22,583 5,077 85.69%
2022 Ee Chin Li (DAP) 8,105 40.03% Ong Chee Siang (MCA) 7,733 38.19% 20,247 372 56.95%
Chong Fat Full (BERSATU) 3,092 15.27%
Muhd Airel Zabridin (PEJUANG) 789 3.90%
Zainal Baharom A Kadir (BEBAS) 121 0.60%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "EE CHIN LI". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-06-03.
  2. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM - DEWAN UNDANGAN NEGERI". resultpru13.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-06-03.
  3. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES". Dicapai pada 2022-06-03.
  4. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2022-06-03.