Dynamo Dresden
| Nama penuh | Sportgemeinschaft Dynamo Dresden e. V. | |||
|---|---|---|---|---|
| Gelaran | SGD, Dynamo | |||
| Diasaskan | 12 April 1953 | |||
| Stadium | Rudolf-Harbig-Stadion (Kapasiti: 32,085) | |||
| Presiden | Ronny Rehn | |||
| Pengarah sukan | Sören Gonther | |||
| Ketua jurulatih | Thomas Stamm | |||
| Liga | 2. Bundesliga | |||
| 2025-26 | ke-11 daripada 18 | |||
| Tapak sesawang | [dynamo-dresden.de Laman kelab] | |||
| ||||
Sportgemeinschaft Dynamo Dresden e.V., dikenali sebagai SG Dynamo Dresden atau Dynamo Dresden, merupakan sebuah kelab bola sepak Jerman yang berpangkalan di Dresden, Saxony. Kelab ini ditubuhkan pada 12 April 1953 sebagai kelab yang berafiliasi dengan polis Jerman Timur dan kemudian menjadi salah satu kelab paling popular serta berjaya dalam bola sepak Jerman Timur, dengan memenangi lapan gelaran liga.
Kelab ini juga dikenali dengan budaya penyokongnya yang setia, dikenali sebagai "Dynamo Ultras", serta persembahan koreografi yang menarik di stadium.
Selepas penyatuan semula Jerman, Dynamo bermain selama empat musim dalam divisyen tertinggi, Bundesliga dari tahun 1991 hingga 1995, namun sejak itu mereka sering turun naik antara divisyen kedua hingga keempat. Kini, kelab ini bersaing dalam 2. Bundesliga, iaitu divisyen kedua bola sepak Jerman, selepas dipromosikan pada musim 2024–25.
Warna tradisional jersi kelab ini ialah emas dan hitam, yang diambil daripada bendera rasmi serta jata bandar Dresden.
Stadium
[sunting | sunting sumber]Dynamo bermain di Rudolf-Harbig-Stadion, yang dibuka pada tahun 1923 dan pada asalnya dinamakan sempena atlet balapan tempatan, Rudolf Harbig. Stadium ini dinamakan semula sebagai Dynamo-Stadion oleh pihak berkuasa Jerman Timur pada tahun 1971, tetapi kembali kepada nama asalnya selepas penyatuan semula Jerman.
Dengan kapasiti asal sebanyak 24,000 penonton, stadium ini dibina semula pada awal 1990-an selaras dengan peraturan Persatuan Bola Sepak Jerman dan FIFA. Ia kemudiannya dimodenkan sepenuhnya antara Jun 2007 hingga Disember 2009.
Stadium yang telah dinaik taraf ini dibuka semula pada 15 September 2009 dengan perlawanan persahabatan menentang FC Schalke 04, dan kini mempunyai kapasiti sebanyak 32,066 penonton.
Pemain
[sunting | sunting sumber]Skuad semasa
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 2 Februari 2026 [1]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Out on loan
[sunting | sunting sumber]Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Profis - Spieler". SG Dynamo Dresden (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 31 October 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Kategori berkaitan Dynamo Dresden di Wikimedia Commons- Tapak sesawang rasmi
(dalam bahasa Jerman) - Das deutsche Fußball-Archiv historical German domestic league tables (dalam bahasa Jerman)
- Sport 1 News topic page Dynamo Dresden (dalam bahasa Jerman)
- Spiegel News topic page Dynamo Dresden (dalam bahasa Jerman)
- Facebook (dalam bahasa Jerman)