Pergi ke kandungan

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Sarawak State Legislative Assembly
Aum Kunsil Negeri Sarawak
Lambang Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dun ke-19
Jenis
Jenis
Satu dewan
Sejarah
Diasaskan8 September 1867
Kepimpinan
Yang di-Pertua Negeri
TYT Wan Junaidi Tuanku Jaafar
sejak 26 Januari 2024
Mohamad Asfia Awang Nassar, GPSPBB
sejak 15 Januari 2000
Timbalan Speaker
Idris Buang, GPSPBB
sejak 11 Februari 2022
YAB Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg [1], GPSPBB
sejak 13 Januari 2017
Ketua Pembakang
Chong Chieng Jen, PHDAP
sejak 20 November 2023
Struktur
Ahli82
{{{Struktur1}}}
Kumpulan politik
(Setakat 6 April 2024)

Kerajaan (79)
     GPS (79)

  •      PBB (47)
  •      SUPP (13)
  •      PRS (11)
  •      PDP (8)

Keyakinan dan pembekalan (1)
     Bebas (1)

Pembakang minoriti (2)
     PH (2)

  •      DAP (2)
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pilihan raya terakhir
18 Disember 2021
Pilihan raya seterusnya
Februari 2027
Tempat persidangan
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia
duns.sarawak.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Undangan Negeri Sarawak ialah badan perundangan bagi negeri Sarawak yang mempunyai sistem legislatifekadewan . Yang di-Pertua Negeri Sarawak merupakan satu lagi kompenan dalam badan perundangan negeri ini. Dewan ini dibentuk berdasarkan tradisi sistem parlimen Westminster, yang berasal daripada amalan Parlimen United Kingdom . Cabang eksekutif kerajaan negeri pula dibentuk daripada ahli-ahli dewan yan dipilih . Dewan Undangan Negeri bersidang di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang terletak di Petra Jaya dalam ibu negeri Kuching.

Dewan Undangan Negeri, setakat tahun 2019, terdiri daripada 82orang ahli, menjadikannya badan perundangan negeri terbesar di Malaysia. Ahli-ahli dipilih daripada kawasan pilihan raya satu ahli di seluruh negeri melalui sistem undian majoriti mudah, dengan pilihan raya diadakan tidak melebihi daripada tempoh lima tahun. Sarawak tidak mengamalkan pengundian wajib, dan rakyat yang layak tidak didaftarkan secara automatik sebagai mengundi sebagai pengundi. Pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri ini juga tidak selari dengan pilihan raya di negeri-negeri lain sejak tahun 1978.

Dewan Undangan Negeri juga merupakan badan perundangan tertua di Malaysia dan salah satu badan perundangan tertua yang berfungsi secara berterusan di dunia, ditubuhkan pada 8 September 1867 sebagai Majlis Agung di bawah Raj Sarawak . Pada tahun 1903, Majlis Agung menjadi Council Negri ( har.Majlis Negeri )[2]Walau bagaimanapun, badan perundangan tidak dipilih secara langsung sehingga tahun 1969. [3]

Badan eksekutif dibentuk oleh parti atau parti-parti yang mendapat keyakinan dan pembekalan Dewan Undangan Negeri, dengan ketua parti atau parti-parti tersebut menjadi Premier, ketua kerajaan negeri. Pelantikan ketua menteri secara rasmi dilakukan oleh Yang di-Pertua Negeri. Sejak 2018, gabungan Gabungan Parti Sarawak memegang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, selepas parti-parti komponen berpisah daripada gabungan Barisan Nasional selepas pilihan raya umum . Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg telah menjadi ketua menteri sejak 2017.

Sejarah

Dewan Undangan Sarawak, pada masa petang, di Kuching, Sarawak, Malaysia

[4]

Dewan Undangan Sarawak (DUS) dianggap sebagai badan pengubal undang-undang tertua di Malaysia kerana ia diwujudkan selepas mesyuarat julung kali yang pertama di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September 1867. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke.

Dewan Undangan Sarawak (DUS) pada mulanya dikenali sebagai Majlis Umum (General Council) dengan jumlah ahli yang dipilih seramai 21 orang. Ahli-ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran.

Pada 1903, Majlis Umum Sarawak dinamakan sebagai Majlis Negeri Sarawak.

Pada 1941, anak lelaki Brooke, Vyner, mewujudkan perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai "Constitution Order in Council" sempena sambutan ulang tahun ke-100 pemerintahan Brooke di Sarawak. Berikutan itu, keanggotaan Majlis Negeri ditambah kepada 24. Bagaimanapun, Ketua Setiausaha telah dilantik untuk mempengerusikan Majlis Negri dan bukannya Vyner Brookes (dalam peranannya sebagai Raja).

Pada 1963, keanggotaan Majlis Negeri ditingkatkan kepada 42. Sejak itu, keanggotaannya telah meningkat secara berperingkat kepada 48 pada 1968, 56 pada 1989, 62 pada 1996 dan 71 pada 2006. Kini selaras dengan dasar autonomi pentadbiran kerajaan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), jumlah keanggotaan dalam Dewan Undangan Sarawak (DUS) dinaikkan kepada 99 kerusi pada tahun 2025.

Pada 1976, Majlis Negeri Sarawak diberi nama baru iaitu Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN Sarawak). Mulai tahun 2023 sehingga kini, selaras dengan status baharu Sarawak sebagai sebuah wilayah dan rakan kongsi dalam Malaysia, penggunaan terma Dewan Undangan Sarawak (DUS) kini diperkenalkan secara rasmi dan diterima oleh semua pihak.

Kronologi

Dewan telah menempuh tiga zaman yang penting. Zaman Rajah Putih Keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.

Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris.

Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus-arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbir oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak.

Zaman kegemilangannya ialah pada 16 September 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaan apabila rakyatnya memilih untuk bersama membentuk Malaysia. Dewan Undangan Negeri turut berubah wajah dengan ahli-ahlinya dipilih melalui pilihan raya. ADUN kini dipilih oleh rakyat melalui amalan demokrasi pilihan raya secara langsung.

Sebagai mengenang jasa Ai-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama yang menghasilkan cadangan pembentukan Malaysia dengan Sarawak memperolehi kemerdekaan melaluinya, Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26 Mei 1971 telah meluluskan usul menyampaikan ucapan terima kasih kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usul terima kasih bagi Dewan kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 26 Mei 1971 adalah seperti berikut:

Bahawasanya Dewan ini meluluskan untuk merakamkan penghargaan yang berkekalan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada negara terutama kepada Sarawak yang telah mendapatkan kemerdekaan kami menerusi Malaysia. Semoga Allah akan melimpahkan YTM Tunku dengan sihat afiat dan kebahagiaan serta kejayaan dalam usaha-usaha selanjutnya bagi mencapai persefahaman, persaudaraan dan keamanan yang lebih besar di antara umat manusia

SPR mengadakan pilihan raya negeri Sarawak secara berasingan dari negeri-negeri lain.

Keanggotaan

Terdapat 82 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dipilih oleh rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak. Setiap penggal DUN Sarawak adalah selama lima tahun. Pilihan raya terakhir yang diadakan ialah Pilihan raya negeri Sarawak ke-18 yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 namun ditangguhkan dengan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia sehinggalah pengisytiharan tersebut ditamatkan pada bulan Disember 2021 dan pilihan raya negeri dijalankan.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan di DUN Sarawak ialah 42 kerusi dan majoriti 2/3 ialah 55 kerusi. Gabungan Parti Sarawak GPS memenangi 76 kerusi iaitu melebihi 2/3 kerusi manakala Parti Sarawak Bersatu PSB menang 4 kerusi dan Pakatan Harapan PH melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang 2 kerusi.

Kerajaan Keyakinan & Perbekalan
GPS PSB PH BEBAS
76 3 2 1
48 13 11 4 2 1
PBB SUPP PRS PDP PSB DAP BEBAS
No. Parlimen No. DUN Penyandang Parti Catatan
P192 Mas Gading N1OparBilly SujangGPS (SUPP)
N2Tasik BiruHenry Harry JinepGPS (PDP)Timbalan Menteri Pengangkutan 2 Sarawak
P193 Santubong N3Tanjong DatuAzizul Annuar AdenanGPS (PBB)
N4Pantai DamaiAbdul Rahman JunaidiGPS (PBB)
  • Timbalan Menteri Utiliti Sarawak
N5Demak LautHazland Abang HipniGPS (PBB)
  • Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak
P194 Petra Jaya N6TupongFazzrudin Abdul RahmanGPS (PBB)
N7SamariangSharifah Hasidah Sayeed Aman GhazaliGPS (PBB)
  • Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak
    (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan)
N8SatokIbrahim BakiGPS (PBB)
  • Timbalan Menteri Utiliti Sarawak
P195 Bandar Kuching N9PadunganChong Chieng JenPH (DAP)
N10PendingViolet Yong Wui WuiPH (DAP)
N11Batu LintangSee Chee HowBebas
P196 Stampin N12Kota SentosaYap Yau SinGPS (SUPP)
N13Batu KitangLo Khere ChiangGPS (SUPP)
N14Batu KawahSim Kui HianGPS (SUPP)Timbalan Premier Sarawak
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak
P197 Kota Samarahan N15AsajayaAbdul Karim Rahman HamzahGPS (PBB)Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak
N16Muara TuangIdris BuangGPS (PBB)
N17StakanHamzah BrahimGPS (PBB)
P198 Puncak Borneo N18SerembuMiro SimuhGPS (PBB)
N19MambongJerip SusilGPS (PBB)Timbalan Menteri Pengangkutan 1 Sarawak
N20TaratRoland Sagah Wee InnGPS (PBB)Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak
P199 Serian N21TebeduSimon Sinang BadaGPS (PBB)
N22KedupMaclaine @ Martin BenGPS (PBB)Timbalan Menteri Pembangunan Wilayah Sarawak
N23Bukit SemujaJohn IlusGPS (PBB)
P200 Batang Sadong N24Sadong JayaAidel LariwooGPS (PBB)Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sarawak
N25SimunjanAwla DrisGPS (PBB)
N26GedongAbang Johari Tun OpengGPS (PBB)Premier Sarawak
Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Sarawak
Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak
P201 Batang Lupar N27SebuyauJulaihi NarawiGPS (PBB)Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak
N28LinggaDayang Noorazah Awang SohorGPS (PBB)
N29Beting MaroRazaili GaporGPS (PBB)
P202 Sri Aman N30Balai RinginSnowdan LawanGPS (PRS)Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak
N31Bukit BegunanMong DagangGPS (PRS)
N32Simanggang}Francis Harden HollisGPS (SUPP)Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak
P203 Lubok Antu N33EngkililiJohnical Rayong NgipaPSB
N34Batang AiMalcom Mussen LamohGPS (PRS)Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak
P204 Betong N35Saribas Mohamad Razi SitamGPS (PBB)Timbalan Menteri Pembangunan Kebajikan Komuniti Sarawak
N36LayarGerald Rentap JabuGPS (PBB)Timbalan Menteri Pembangunan Belia dan Sukan Sarawak
N37Bukit SabanDouglas Uggah EmbasGPS (PBB)Timbalan Premier Sarawak
Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu 2 Sarawak
Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak
P205 Saratok N38KalakaMohamad DuriGPS (PBB)
N39KrianFriday BelikGPS (PDP)
N40KabongMohd Chee KadirGPS (PBB)
P206 Tanjong Manis N41Kuala RajangLen Talif SallehGPS (PBB)Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak
N42SemopAbdullah SaidolGPS (PBB)Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak
(Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak)
P207 Igan N43DaroSafiee AhmadGPS (PBB)
N44JemorengJuanda JayaGPS (PBB)Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak
(Integriti dan Ombudsman)
P208 Sarikei N45RepokHuang Tiong SiiGPS (SUPP)
N46MeradongDing Kuong HiingGPS (SUPP)
P209 Julau N47PakanWilliam Mawan IkomGPS (PDP)
N48MeluanRolland Duat JubinGPS (PDP)
P210 Kanowit N49NgemahAnyi JanaGPS (PRS)
N50MachanAllan Siden GramongGPS (PBB)
P211 Lanang N51Bukit AssekJoseph Chieng Jin EkGPS (SUPP)
N52DudongTiong King SingGPS (PDP)
P212 Sibu N53Bawang AssanWong Soon KohPSB
N54PelawanMichael Tiang Ming TeeGPS (SUPP)Timbalan Menteri Kesihatan dan Perumahan Sarawak
N55NangkaAnnuar RapaeeGPS (PBB)Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak
P213 Mukah N56DalatFatimah AbdullahGPS (PBB)Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Komuniti Sarawak
N57TellianRoyston ValentineGPS (PBB)
N58BalingianAbdul Yakub ArbiGPS (PBB)
P214 Selangau N59TaminChristopher Gira SambangGPS (PRS)
N60KakusJohn Sikie TayaiGPS (PRS)Menteri Jabatan Premier Sarawak
P215 Mukah N61PelagusWilson Nyabong IjangGPS (PRS)
N62KatibasLidam AssanGPS (PBB)
N63Bukit GoramJefferson Jamit UnyatGPS (PBB)Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak
(Undang-undang dan Adat Bumiputera)
P216 Hulu Rajang N64BalehNicholas Kudi JantaiGPS (PRS)
N65BelagaLiwan LagangGPS (PRS)
N66MurumKennedy Chukpai UgonGPS (PRS)
P217 Bintulu N67JepakIskandar TurkeeGPS (PBB)
N68Tanjong BatuJohnny Pang Leong MingGPS (SUPP)
N69KemenaStephen Rundi UtomGPS (PBB)Menteri Pertanian Moden dan Pembangunan Wilayah Sarawak
N70SamalajuMajang RenggiGPS (PRS)Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan Sarawak
P218 Sibuti N71BekenuRosey YunusGPS (PBB)Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak
N72 Lambir Ripin Lamat GPS (PBB)Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Sarawak
P219 Miri N73 Piasau Sebastian Ting Chiew Yew GPS (SUPP)Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak
N74 Pujut Adam Yii Siew Sang GPS (SUPP)
N75 Senadin Lee Kim Shin GPS (SUPP)Menteri Pengangkutan Sarawak
P220 Baram N76 Marudi Penguang Manggil GPS (PDP)Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak
N77 Telang Usan Dennis Ngau GPS (PBB)
N78 Mulu Gerawat Gala GPS (PBB)Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak
(Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek)
P221 Limbang N79 Bukit Kota Abdul Rahman Ismail GPS (PBB)Menteri Pertanian Moden Sarawak
N80 Batu Danau Paulus Gumbang GPS (PDP)
P222 Lawas N81 Ba'kelalan Baru Bian PSB
N82 Bukit Sari Awang Tengah Ali Hassan GPS (PBB)Timbalan Premier Sarawak
Menteri Pembangunan Bandar dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak

Susunan tempat duduk DUN (2022)


Setiausaha Kewangan Negeri
ڤنصيحة ڤرونداڠن نڬري
Penasihat Perundangan Negeri
ستياءوسها نڬري
Setiausaha Negeri
ڤڬوام نڬري
Peguam Negeri
بنترا
Bentara
N68 Tanjong BatuN12 Kota SentosaN58 BalingianN65 BelagaN35 Saribasكوسوڠ
Kosong
N64 BalehN3 Tanjong DatuN48 MeluanN19 MambongN22 KedupN45 Repok
N62 KatibasN1 OparN59 TaminN32 SimanggangN5 Demak LautN29 Beting Maro
N57 TellianN21 TebeduN25 SimunjanN78 MuluN72 LambirN77 Telang Usan
كوسوڠ
Kosong
N51 Bukit AssekN28 LinggaN6 TupongN16 Muara Tuang
(Timbalan Speaker)
N24 Sadong JayaN80 Batu Danauكوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
N49 NgemahN74 PujutN23 Bukit SemujaN20 TaratN73 PiasauN31 Bukit Begunanكوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
N39 KrianN17 StakanN18 SerembuN27 SebuyauN42 SemopN67 Jepakكوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
N38 KalakaN40 KabongN61 PelagusN60 KakusN30 Balai RinginN47 Pakanكوسوڠ
Kosong
N13 Batu KitangN75 Senadin
كوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
N50 MachanN46 MeradongN15 AsajayaN76 MarudiN52 Dudongكوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
N66 Murumكوسوڠ
Kosong
N69 KemenaN55 NangkaN8 Satokكوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
N43 Daroكوسوڠ
Kosong
N56 DalatN79 Bukit KotaN54 Pelawanكوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
N81 Ba'kelalanN14 Batu KawahN34 Batang AiN63 Bukit Goramكوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
N9 PadunganN82 Bukit SariN7 SamariangN70 Samalaju
كوسوڠ
Kosong
كوسوڠ
Kosong
N33 EngkililiN37 Bukit SabanN4 Pantai DamaiN36 Layar
كوسوڠ
Kosong
N10 PendingN53 Bawang Assan
(Ketua Pembangkang)
چوقمر
Cokmar
N26 Gedong
(Premier)
N41 Kuala RajangN44 Jemoreng
كوسوڠ
Kosong
N11 Batu Lintangستياءوسها
Setiausaha
N71 BekenuN2 Tasik Biru
يڠ د-ڤرتوا ديوان اوندڠن نڬري
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
يڠ د-ڤرتوا نڬري
Yang di-Pertua Negeri

Rujukan

  1. "Abang Johari Ketua Menteri baharu Sarawak". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 13 January 2017.
  2. Sejarah Dewan Undangan Negeri 1 Diarkibkan 22 Mac 2011 di Wayback Machine (in Malay).
  3. Sejarah Dewan Undangan Negeri 2 Diarkibkan 22 Mac 2011 di Wayback Machine (in Malay).
  4. https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Bangunan_Dewan_Undangan_Negeri_Sarawak,_di_Bandaraya_Kuching.jpg

Lihat juga

Pautan luar