Pergi ke kandungan

Daging kasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daging kasih mentah. Perhatikan ira otot dan selaput tengah yang liat.
Daging kasih panggang dengan kentang bakar
Daging lembu
JenisStik, daging lembu Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Daging kasih, turut dikenali sebagai stik penggantung ialah potongan daging lembu yang bernilai kerana rasa dan kelembutannya.[1] Daging kasih bersendi dengan tulang rusuk terakhir dan tulang belakang berhampiran dengan buah pinggang. Ia kelihatan seakan-akan daging lambung dan merupakan sepasang otot yang agak berbentuk V. Daging kasih mempunyai selaput panjang yang tidak boleh dimakan di bahagian tengah.

Daging kasih tidaklah terlalu lembut tetapi rasanya lumayan, paling sesuai diperap dan dimasak pantas dengan haba yang tinggi (digril atau dipanggang) lalu dihidangkan secara kurang masak atau kurang masak sederhana bagi mengelakkan keliatannya. Tukang masak yang berpengalaman dalam penyediaan buah pinggang lembu melaporkan bahawa daging kasih mengekalkan sedikit bau sedap buah pinggang.

Terdapat hanya satu daging kasih bagi setiap lembu, dengan berat potongan itu biasanya antara 1 - 1.5 paun (450 - 675g). Ia dihargai kerana rasanya. Terkadang, daging kasih juga dikenali sebagai "stik penjual daging", lantaran penjual daging lembu sentiasa menyimpan potongan itu untuk diri sendiri.[2]

Klasifikasi pemotongan daging Amerika Syarikat untuk potongan daging kasih ialah NAMP 140.

Kepopularan

[sunting | sunting sumber]

Dari segi tradisi, daging kasih lebih popular di Eropah berbanding Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai: [1]

Dahulunya, daging kasih bukanlah satu potongan daging yang berasingan di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, ia kini beransur-ansur popular, meskipun masih biasa dikisar menjadi hamburger. Daging kasih juga dikenali sebagai "daging lembut gantung" di Amerika Syarikat dan terkadang dipaparkan sebagai "stik bistro" dalam menu. Ia dikenali pula sebagai "fajitas arracheras" di Texas Selatan.

  1. ^ a b Green, Aliza (2005). Field Guide to Meat. Philadelphia, PA: Quirk Books. ISBN 1931686793. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ Hix, Mark (2008-04-26). "Hanger steak with baked bone marrow". The Independent. Dicapai pada 2008-08-09.
  • Dyce, K.M. (2002). Textbook of Large Animal Anatomy (ed. Third). Saunders. ISBN 0721689663. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)