Pergi ke kandungan

Chew Kin Wah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chew Kin Wah
周堅華
تشو كين واو
Kelahiran (1965-09-30) 30 September 1965 (umur 60)
Nama lainAnuar Chew, Anuar Abdullah
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1984–kini
Karya
Filemografi
Kampung asal Kuala Lumpur

Anuar Chew bin Abdullah ( Chew Kin Wah, Cina ringkas: 周堅華; pinyin: Chow Kin-Wa; lahir 30 September 1965) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 orang pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 30 September 1965 di Ipoh, Perak, tetapi telah dibesarkan di Kuala Lumpur sejak beliau berumur 8 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh 2 orang wanita – allahyarhamah ibu beliau yang merupakan seorang ibu tunggal dan berniaga di kantin sekolah, serta allahyarhamah nenek beliau, seorang wanita yang suka berkain sarung seperti wanita Nyonya dan suka memanjakan Chew.

Ketika beliau berumur 19 tahun, Chew mula mengenali dunia lakonan. Beliau memulakan kerjaya lakonannya selepas menghadiri ujibakat dan terpilih untuk muncul di pentas teater Five Arts Centre di bawah arahan Kee Thuan Chye pada tahun 1984 yang bertajuk Here & Now.[1]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memeluk agama Islam pada tahun 2013 dan menggunakan nama Anuar Chew atau Anuar Abdullah.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Mentari Terbit Lagi Menang
2016 Anugerah i-Cinema Aktor Peran Pendukung Terbaik My Stupid Boss Tercalon
2017 Aktor Peran Pendukung Terbaik Cek Toko Sebelah Tercalon
Festival Film Tempo Jakarta Aktor Pendukung Pilihan Tempo[5][6] Menang
Indonesian Box Office Movie Awards 2017 Pemeran Pendukung Pria Terbaik Menang
2024 Festival Filem Malaysia ke-33 Pelakon Lelaki Terbaik Rain Town Tercalon
  1. 1 2 Bissme S. (18 December 2017). "Making nation proud". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  2. Amirul Haswendy Ashari (30 November 2017). "Rezeki bergolek Kin Wah". Harian Metro. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  3. Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  4. Feride Hikmet Atak (9 November 2014). "Kurang Pelakon Cina Buatkan Kin Wah Tidak Perlu Bersaing". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
  5. "Kin Wah jadi pilihan pelakon pembantu terbaik Tempo". Malaysiakini. 28 November 2017. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  6. Amirul Haswendy Ashari (27 November 2017). "Terbaik Chew Kin Wah". Harian Metro. Dicapai pada 3 Julai 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]