Pergi ke kandungan

Chang Lih Kang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chang Lih Kang
郑立慷
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
Raja Pahang Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022-2024)
Johor Sultan Ibrahim (2024-kini)
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
Timbalan Arthur Joseph Kurup (2022-2023)
Mohammad Yusof Apdal (2023-kini)
Didahului oleh Adham Baba
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Tanjong Malim, Perak
Menyandang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Ong Ka Chuan
Majoriti3,541 (PRU-15)
5,358 (PRU-14)
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Menyandang jawatan
2022
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)
PKR Perak
Dalam jawatan
2022–2024
Didahului olehFarhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
Digantikan olehMohamad Hairul Amir Sabri
Ketua PKR Cabang Tanjong Malim
Menyandang jawatan
2022
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk N45 Teja
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Ho Wai Cheong
Digantikan oleh Sandrea Ng Shy Ching
Majoriti2,082 (PRU-13)
175 (PRU-12)
Maklumat peribadi
Lahir (1980-10-23) 23 Oktober 1980 (umur 45)
Ipoh, Perak
Parti politik PKR
PasanganDatin Chong Lai Chan @ Zhuang Lizhen (庄丽珍)
Anak2
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia
Universiti Nasional Singapura
Chang Lih Kang di Facebook

Datuk Chang Lih Kang (Cina ringkas: 郑立慷; Cina tradisional: 鄭立慷; pinyin: Zhèng Lìkāng; Pe̍h-ōe-jī: Tēⁿ Li̍p-khóng, lahir 23 Oktober 1980) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Sains dan Teknologi Malaysia dan Ahli Parlimen Tanjong Malim. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi. Beliau memperolehi 6533 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 6358 undi. Pada pilihanraya umum 2013, Chang berjaya mengekalkan kemenangan kerusi Teja dengan mengalahkan lawannya dengan majoriti yang lebih besar, iaitu sebanyak 2082 undi.[1]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Perak
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 N45 Teja Chang Lih Kang (PKR) 6,533 49.28% Yew Sau Kham (MCA) 6,358 47.96% 13,258 175 68.50%
2013 Chang Lih Kang (PKR) 9,732 54.44% Yew Sau Kham (MCA) 7,650 42.79% 17,877 2,082 80.80%
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 P077 Tanjong Malim Chang Lih Kang (PKR) 24,672 45.44% Mah Hang Soon (MCA) 19,314 35.57% 55,613 5,358 81.22%
Mohd Tarmizi Ab Rahman (PAS) 10,311 18.99%
2018 Chang Lih Kang (PKR) 25,140 36.08% Nolee Ashilin Mohammed Radzi (BERSATU) 21,599 31.00% 69,671 3,541 74.22%
Mah Hang Soon (MCA) 20,963 30.09%
Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas) 1,032 1.48%
Amir Hamzah Abdul Rajak (IMAN) 609 0.87%
Ishak Zuhari (Bebas) 328 0.47%

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  1. Keputusan PRU 2013 Kawasan Perak
  2. BERNAMA (5 Februari 2026). "Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah 2026". Berita Harian.