Pergi ke kandungan

Bahasa Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Mesir
r
Z1
nkmmt
O49
r n km.t[1][nota 1]
Papirus Ebers yang menerangkan rawatan asma.
KawasanMesir Purba
EtnikOrang Mesir purba
PupusBerkembang menjadi bahasa Demotik pada 600 SM, ke Qibti pada 200 M, dan pupus sebagai bahasa seharian pada abad ke-17. Bahasa Qibti kekal sebagai bahasa liturgi Gereja Katolik Koptik.
Afro-Asia
  • Bahasa Mesir
Hieroglif Mesir, hieroglif kursif, hieratik, demotik dan Qibti (kemudian, kadang-kadang dalam abjad Arab dalam terjemahan kerajaan)
Kod bahasa
ISO 639-2egy
ISO 639-3Salah satu:
egy  Bahasa Mesir
cop  Bahasa Qibti
Linguasphere11-AAA-a

Bahasa Mesir ialah sebuah bahasa Afro-Asia yang ditutur ketika zaman Mesir Purba. Bahasa ini bertahan sampai abad ke-5 Masihi dalam bentuk bahasa Demotik dan sampai abad ke-17 dalam bentuk bahasa Qibti. Catatan tertulis bahasa Mesir bermula daripada tahun 3200 SM, menjadikan bahasa ini sebagai bahasa tertulis yang tertua. Bahasa kebangsaan Mesir kini ialah bahasa Arab yang menggantikan bahasa Qibti secara beransur-ansur sebagai bahasa seharian selama berabad-abad setelah penaklukan Islam di Mesir. Meskipun begitu, bahasa itu masih digunakan sebagai bahasa liturgi oleh Gereja Ortodoks Koptik dan Gereja Katolik Koptik, serta menjadi bahasa ibunda sebilangan orang.

Bahasa Mesir boleh dikelompokkan seperti berikut:[2][3]

  • Mesir
    • Mesir Terdahulu, Mesir Lebih Lama atau Mesir Klasik
      • Mesir Lama
        • Mesir Awal, Mesir Lama Awal, Mesir Lama Arkaik, Pra-Mesir Lama atau Mesir arkaik
        • Mesir Lama standard
      • Mesir Pertengahan
    • Mesir Lebih Lewat
      • Mesir Lewat
      • Mesir Demotik
      • Qibti

Bahasa Mesir menurut konvensi dikelompokkan kepada enam tahap seperti di bawah:[4]

Mesir Lama, Pertengahan dan Akhir semuanya ditulis menggunakan sistem tulisan hieroglif dan hieratik. Demotik ialah nama tulisan yang berasal daripada hieratik, bermula pada abad ke-7 SM.

Abjad Qibti berasal daripada abjad Yunani, dengan penyesuaian untuk bunyi-bunyi bahasa Mesir. Ia mula-mula berkembang pada zaman Ptolemaik, dan secara beransur-ansur menggantikan tulisan Demotik sekitar abad ke-4 hingga ke-5 TM.

Rajah penggunaan pelbagai bahasa Mesir mengikut zaman dan laras linguistik

Mesir Lama

[sunting | sunting sumber]
Tekapan meterai daripada makam Seth-Peribsen, dengan ayat paling lengkap tertua yang diketahui dalam bahasa Mesir.

Nama "Mesir Arkaik" kadangkala dikhaskan untuk penggunaan terawal hieroglif, dari akhir alaf ke-4 hingga awal alaf ke-3 SM. Pada peringkat terawal, sekitar 3300 SM,[5] hieroglif belum lagi sistem tulisan yang lengkap dan masih sedang beralih daripada peringkat tulisan purba; lama-kelamaan pada abad ke-27 SM, ciri-ciri tatabahasa seperti pembentukan nama keturunan mula muncul.[6][7]

Mesir Lama ditarikhkan berdasarkan ayat lengkap diketahui, termasuk kata kerja finitum, yang telah ditemui. Ditemui di makam Seth-Peribsen (s. 2690 SM), tekapan meterai baginda berbunyi:

d
D
n
f
N19
n
G38
f
M23 L2
t t
O1
F34
s
n
d(m)ḏ.n.f tꜣ-wj n zꜣ.f nsw.t-bj.t(j) pr-jb.sn(j)
menyatukan.SMP.dia(l)[8] tanah.dua untuk anak lelaki.miliknya(l) rusiga-lebah rumah-jantung.mereka
"Baginda telah menyatukan Kedua-dua Tanah untuk puteranya, Raja Berganda Peribsen."[9]

Teks-teks panjang mula muncul sekitar 2600 SM.[10] Teks-teks Piramid merupakan koleksi penulisan yang terbesar dari fasa bahasa ini. Satu ciri uniknya ialah menggandakan simbol ideogram, fonogram dan penentu sebanyak tiga kali untuk menandakan kata majmuk. Ia serupa dengan Mesir Pertengahan tetapi berdasarkan dialek yang berbeza.

Semasa zaman dinasti ke-3, sekitar 2650 hingga 2575 SM, tulisan hieroglif menjadi lebih teratur. Sistem tulisan itu kekal sama sehinggalah ia digantikan oleh Qibti sekitar abad ketiga dan keempat. Bilangan simbol yang digunakan dalam hieroglif kekal sekitar 700 selama lebih daripada 2000 tahun.[11]

Mesir Pertengahan

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Mesir Pertengahan dituturkan selama kira-kira 700 tahun, bermula sekitar 2000 SM, semasa Kerajaan Pertengahan dan tempoh Perantaraan Kedua yang berikutnya.[12] Sebagai varian klasik bahasa Mesir, bahasa Mesir Pertengahan merupakan jenis bahasa Mesir yang paling banyak didokumentasikan, serta yang paling menarik perhatian dalam bidang Egiptologi. Walaupun kebanyakan bahasa Mesir Pertengahan ditulis dengan hieroglif pada monumen-monumen, ia juga ditulis menggunakan varian hieroglif kursif, dan hieratik yang berkaitan dengannya.[13]

Bahasa Mesir Pertengahan mula tersedia untuk kajian moden dengan pentafsiran hieroglif pada awal abad ke-19. Tatabahasa pertama bahasa Mesir Pertengahan diterbitkan oleh Adolf Erman pada tahun 1894, diatasi pada tahun 1927 oleh karya Alan Gardiner. Sejak itu, bahasa Mesir Pertengahan telah difahami dengan baik, namun beberapa aspek infleksi kata kerja masih terbuka untuk disemak semula sehingga pertengahan abad ke-20, terutamanya dengan sumbangan Hans Jakob Polotsky.[14][15]

Tahap bahasa Mesir Pertengahan dianggap berakhir sekitar abad ke-14 SM, melahirkan bahasa Mesir Akhir. Peralihan ini berlaku dalam tempoh akhir Dinasti Kelapan Belas Mesir (dikenali sebagai Tempoh Amarna).[perlu rujukan]

Égyptien de tradition

[sunting | sunting sumber]

Teks asal bahasa Mesir Lama dan Pertengahan masih digunakan selepas abad ke-14 SM. Satu bentuk ajukan yang kebanyakannya berasaskan bahasa Mesir Pertengahan, tetapi juga dengan ciri-ciri bahasa Mesir Lama, Akhir dan Demotik, yang dipanggil "Égyptien de tradition" atau "bahasa Mesir Pertengahan Baru" oleh sarjana, digunakan sebagai bahasa kepustakaan untuk teks-teks baru sejak Kerajaan Baru dalam teks-teks hieroglif dan hieratik rasmi dan agama berbanding bahasa Mesir Akhir atau Demotik. Égyptien de tradition sebagai bahasa agama bertahan sehingga pengkristianan Mesir Rom pada abad ke-4.

Mesir Akhir

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Mesir Akhir dituturkan selama kira-kira 650 tahun, bermula sekitar 1350 SM semasa Kerajaan Baru Mesir. Bahasa Mesir Akhir menggantikan tetapi tidak sepenuhnya menggantikan bahasa Mesir Pertengahan sebagai bahasa sastera, dan juga merupakan bahasa pentadbiran Kerajaan Baru.[16][17]

Teks-teks yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Mesir Akhir ditarikhkan berasal dari Dinasti Kedua Puluh Mesir dan kemudiannya. Bahasa Mesir Akhir terdiri daripada sejumlah besar kepustakaan agama dan sekular, merangkumi contoh-contoh seperti Cerita Wenamun, puisi cinta papirus Chester–Beatty I, dan Arahan Any. Arahan menjadi genre sastera popular Kerajaan Baru, yang mengandungi nasihat tentang kelakuan yang baik. Bahasa Mesir Akhir juga merupakan bahasa pentadbiran Kerajaan Baru.[18][19]

Bahasa Mesir Akhir tidak berbeza sepenuhnya daripada bahasa Mesir Pertengahan, kerana banyak "klasikisme" muncul dalam dokumen-dokumen sejarah dan sastera fasa ini.[20] Namun, perbezaan antara bahasa Mesir Pertengahan dan Akhir lebih besar daripada perbezaan antara bahasa Mesir Pertengahan dan Lama. Asalnya bahasa sintesis, bahasa Mesir pada fasa Akhir telah menjadi bahasa analitik.[21] Hubungan antara bahasa Mesir Pertengahan dan Akhir telah diperikan serupa dengan hubungan antara bahasa Latin dan Itali.[22]

  • Bahasa Mesir Akhir bertulis nampaknya lebih bersifat bahasa pertuturan pada zaman Kerajaan Baru dan selepas dari itu berbanding Bahasa Mesir Pertengahan: konsonan lemah ꜣ, w, j, serta akhiran feminin .t semakin dihilangkan, mungkin kerana ia tidak lagi disebut.
  • Kata ganti penunjuk pꜣ (mask.), tꜣ (fem.), dan nꜣ (jam.) digunakan sebagai artikel pasti.
  • Bentuk lama sḏm.n.f (dia terdengar) bagi kata kerja ini digantikan oleh sḏm-f yang mempunyai aspek prospektif (dia akan mendengar) dan sempurna (dia telah mendengar). Kala silam juga dibentuk menggunakan kata kerja bantu jr (buat), seperti dalam jr.f saḥa.f (dia telah menuduhnya).
  • Kata sifat sebagai atribut kata nama sering digantikan dengan kata nama.

Tahap bahasa Mesir Akhir dianggap berakhir sekitar abad ke-8 SM, melahirkan Demotik.

Stele abad ke-10 dengan inskripsi Qibti, di Muzium Louvre

Demotik merupakan perkembangan lewat dalam bahasa Mesir yang ditulis dalam tulisan Demotik, mengikuti bahasa Mesir Akhir dan mendahului Qibti. Qibti mempunyai banyak persamaan dengan Demotik. Pada peringkat awal Demotik, seperti teks-teks yang ditulis dalam tulisan Demotik awal, ia mungkin bahasa percakapan pada masa itu. Walau bagaimanapun, semakin penggunaannya terhad untuk sastera dan agama, bahasa bertulis semakin jauh daripada bentuk pertuturan, menyebabkan diglosia yang ketara antara teks Demotik lewat dan bahasa pertuturan masa itu, serupa dengan penggunaan bahasa Mesir Pertengahan klasik semasa Zaman Ptolemaik.

Bahasa Qibti ialah nama yang diberikan kepada bahasa vernakular Mesir lewat sewaktu ia ditulis dalam abjad yang berasaskan Yunani, abjad Qibti; ia berkembang dari zaman agama Kristian Awal (s. 31/33–324) tetapi ungkapan-ungkapan Mesir yang ditulis dalam abjad Yunani mula-mula muncul semasa zaman Helenistik sekitar abad ke-3 SM,[23] dengan teks Qibti pertama yang diketahui, masih pagan (Qibti Lama), dari abad pertama Masihi.

Bahasa Qibti bertahan hingga zaman pertengahan tetapi menjelang abad ke-16 ia semakin hilang akibat penganiayaan penganut Kristian Qibti di bawah pemerintahan Mamluk. Ia mungkin bertahan di kawasan kampung-kampung Mesir sebagai bahasa pertuturan selama beberapa abad selepas itu. Qibti terus hidup sebagai bahasa sembahyang Gereja Ortodoks Koptik dan Gereja Katolik Koptik.

    1. Erman & Grapow 1926–1961.
    2. Compiled and edited by Kathryn A. Bard with the editing assistance of Steven Blage Shubert. Bard, Kathryn A.; Steven Blake Shubert (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. m/s. 274f. (in the section Egyptian language and writing). ISBN 978-0-415-18589-9.
    3. Kupreyev, Maxim N. (2022) [copyright: 2023]. Deixis in Egyptian: The Close, the Distant, and the Known. Brill. m/s. 3.
    4. Bard, Kathryn A.; Steven Blake Shubert (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. m/s. 325. ISBN 978-0-415-18589-9.
    5. Richard Mattessich, "Oldest writings, and inventory tags of Egypt", Accounting Historians Journal, 2002, Vol. 29, No. 1, pp. 195–208.
    6. Richard Mattessich (2002). "The oldest writings, and inventory tags of Egypt". Accounting Historians Journal. 29 (1): 195–208. doi:10.2308/0148-4184.29.1.195. JSTOR 40698264. S2CID 160704269.
    7. Allen (2013:2f.)
    8. Werning, Daniel A. (2008) "Aspect vs. Relative Tense, and the Typological Classification of the Ancient Egyptian sḏm.n⸗f" in Lingua Aegyptia 16, p. 289.
    9. Allen (2013:2) citing Jochem Kahl, Markus Bretschneider, Frühägyptisches Wörterbuch, Part 1 (2002), p. 229.
    10. Allen (2013:2f.)
    11. "Hieroglyph | writing character". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 December 2018.
    12. Loprieno 1995, m/s. 5.
    13. "Hieroglif Mesir Terawal – Arkib Majalah Arkeologi".
    14. Polotsky, H. J. (1944). Études de syntaxe copte. Cairo: Société d'Archéologie Copte.
    15. Polotsky, H. J. (1965). Egyptian Tenses. 2. Israel Academy of Sciences and Humanities.
    16. Loprieno 1995, m/s. 7.
    17. Meyers, op. cit., p. 209.
    18. Loprieno, op.cit., p.7
    19. Meyers, op.cit., p. 209
    20. Haspelmath, op.cit., p.1743
    21. Bard, op.cit., p.275
    22. Christidēs et al. op.cit., p.811
    23. Allen 2020, m/s. 3.

    Bibliografi

    [sunting | sunting sumber]

    Kepustakaan

    [sunting | sunting sumber]

    Ringkasan

    [sunting | sunting sumber]

    Tatabahasa

    [sunting | sunting sumber]

    Kamus dalam talian

    [sunting | sunting sumber]

    Nota Penting: Tatabahasa dan kamus lama E. A. Wallis Budge telah lama dianggap lapuk oleh ahli Egiptologi, walaupun buku-buku ini masih boleh dibeli.

    Maklumat buku lanjut terdapat di Glyphs and Grammars.

    Pautan Luar

    [sunting | sunting sumber]


    1. Daripada istilah Kemik untuk Mesir-Qibti dengan km.t */kū́m˘t/ "tanah hitam, Mesir", berbeza dengan ṭšr.t "tanah merah, gurun". Dicadangkan oleh Schenkel (1990:1). Sila maklum bahawa nama r n km.t hanya ditemui dalam versi Cerita Sinuhe dan nampaknya merupakan ciptaan sastera.
    Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan