Pergi ke kandungan

Aminolhuda Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aminolhuda Hassan
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sri Gading, Johor
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehShahruddin Md Salleh
Timbalan Pengerusi
Pakatan Harapan
Negeri Johor
Menyandang jawatan
22 September 2022
Berkhidmat bersama
Liew Chin Tong dan Syed Ibrahim Syed Noh
Didahului olehMuhyiddin Yassin
Digantikan olehSalahuddin Ayub
Pengerusi
Pakatan Harapan
Negeri Johor
Dalam jawatan
29 Februari 2020  22 September 2022
Didahului olehMuhyiddin Yassin
Digantikan olehSalahuddin Ayub
Ketua Pembangkang
Dewan Negeri Johor
Dalam jawatan
14 Mei 2020  22 Januari 2022
Didahului olehHasni Mohammad
Digantikan olehLiew Chin Tong
Ahli Dewan Negeri Johor
bagi Parit Yaani
Dalam jawatan
2013  22 Januari 2022
Didahului oleh Ng See Tiong
Digantikan oleh Mohamad Najib Samuri
Pesuruhjaya PAS Johor
Dalam jawatan
2013–2015
Didahului olehMahfodz Mohamed
Digantikan olehMahfodz Mohamed
Maklumat peribadi
Lahir (1959-01-03) 3 Januari 1959 (umur 67)
Parit Jawa, Muar, Johor
Parti politik Parti Amanah Negara
Parti Islam Se-Malaysia (Sehingga 2015)
PasanganProf. Dr. Naomie Salim
Anak5
PekerjaanAhli Politik
Bidang pengkhususanGuru

Tuan Aminolhuda bin Hassan (lahir 3 Januari 1959) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sri Gading. Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi AMANAH Johor.

Beliau merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Johor.[1] Aminolhuda Hassan yang sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya PAS I Johor menggantikan Tuan Guru Datuk Dr. Mahfodz Mohamed selepas memenangi kerusi pada Pilihanraya Umum 2013 bagi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani, Johor sebelum keluar dari parti PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).[2] Beliau pernah menjadi seorang guru di Maktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Johor[3][4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N21 Parit Yaani Aminolhuda Hassan (PAS) 11,278 52.78% Teo Yew Chuan (MCA) 10,090 47.22% 21,747 1,188 88%
2018 Aminolhuda Hassan (AMANAH) 12,309 54.16% Soh Lip Yan (MCA) 7,475 32.89% 23,158 4,834 86.95%
Nasir Abdullah (PAS) 2,943 12.95%
2022 Aminolhuda Hassan (AMANAH) 8,776 37.31% Mohamad Najib Samuri (UMNO) 9,070 38.56% 23,520 294 56.20%
Ahmad Nawfal Mahfodz (PAS) 5,435 23.11%
Mohd Ridhauddin Mohd Tahir (PEJUANG) 239 1.02%
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 P149 Sri Gading Aminolhuda Hassan (AMANAH) 23,242 37.84% Lassim Burhan (UMNO) 19,242 31.41% 61,264 4,000 77.94%
Zanariyah Abdul Hamid (PAS) 18,475 30.16%
Mahdzir Ibrahim (PEJUANG) 305 0.50%