Rock alternatif
| Rock alternatif | |
|---|---|
| Asal usul | Amerika Syarikat, United Kingdom |
| Dicipta | 1978 |
| Sebahagian daripada | Muzik rock, alternative music |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Rock alternatif (bahasa Inggeris: alternative rock, juga dikenali sebagai muzik alternatif, rock indie, indie atau hanya alternatif) merupakan sebuah genre muzik rock yang terbit pada 1980-an dan popular secara meluas pada 1990-an. Nama "alternatif" dicipta pada tahun 1980 untuk menerangkan kugiran-kugiran punk rock yang tidak sesuai dengan genre punk rock pada masanya. Sebagai jenis muzik yang spesifik, rock alternatif mempunyai sub-aliran yang bervariasi, daripada muzik indie yang bermula pada tahun 1980 dan menjadi popular pada tahun 1990; seperti indie rock, grunge, gothic rock, dan college rock. Genre-genre tersebut diperkukuh dengan ciri khasnya masing-masing.
Walaupun muzik alternatif dikategorikan sebagai genre rock, tetapi beberapa sub-genrenya terpengaruh oleh muzik rakyat, reggae, musik elektronik, dan jazz. Pada masa tertentu, istilah rock alternatif digunakan untuk mennggelar muzik rock daripada kugiran bawah tanah pada tahun 1980-an, punk rock (termasuk punk), dan untuk muzik rock itu sendiri pada tahun 1990-an dan 2000-an.
Di Malaysia, tahun 2008 dikatakan[siapa?] sebagai kebangkitan muzik ini. Kugiran seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, dan banyak lagi menjadi popular pada tahun tersebut. Bagaimanapun, kugiran seperti D A T Band , OAG & Butterfingers lebih awal menjadi popular seawal pertengahan hingga akhir 1990-an.[perlu rujukan]
Istilah "alternatif" telah diberi bagi menjelaskan kugiran rock punk yang bebas dan tidak tergolong dalam genre muzik aliran utama masa itu.[1] Sebagai sebuah genre muzik, rock alternatif mengandungi pelbagai subgenre yang muncul daripada arena muzik bebas pada 1980-an, seperti Grunge, Britpop, rock gothic, dan pop indie.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Popkin, Helen A.S. (2006). "Alternative to what?" (http). MSNBC.com. Dicapai pada June 21. Unknown parameter
|accessyear=ignored (|access-date=suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=(bantuan) - ↑ di Perna, Alan. "Brave Noise—The History of Alternative Rock Guitar". Guitar World. December 1995.
D A T Band #doingalltogether
[sunting | sunting sumber]D.A.T sebuah band alternative yang ditubuhkan untuk menyemarakkan lagi industry muzik waktu itu tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan dalam tahun 1996 diberi judul ‘Kera Sumbang’. Memang jalur muzik mereka kena dengan waktunya namun pendedahan mereka yang cukup mengejut juga membawa kesan pada kelahiran album tersebut, namun itu bukannya intipati catatan ini. Apa yang hendak shaqmetal kongsikan di ruangan ini ialah album alternative mereka itu.
Album yang diterbitkan oleh To’ki dan Jack FTG itu memuatkan 10 buah lagu yang secara amnya menarik untuk dinikmati. Lagu-lagunya tidaklah terlalu berat jalur alternative nya, namun cukup jelas itu adalah jalur muzik alternative.
Antar lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Kera sumbang, Biralah aku menyintaimu, Kota dua, Kekasih lama, Seri kota kelam, Destinasi rindu, Cerita sebuah cinta, Cuma kenangan, Tanah air api angin, dan Biar ku sendiri. Kebanyakkan lagu yang dimuatkan dalam album sulung D.A.T ini sedap didengar seperti lagu Kera sumbang, Biarlah aku menyintaimu, Kekasih lama, Seri kota kelam, Destinasi rindu dan Cerita sebuah cinta.
D.A.T yang dianggotai oleh Badin (drum), Apai (vocal /gitar), Sham (bass) dan Ali (gitar). Setakat hadir dengan 1 album – Kera Sumbang, D.A.T selepas itu menghilang entah kemana? Dengan album yang agak menarik dan lagu-lagu alternative ‘simple’ yang sedap di dengar waktu itu rasanya adalah satu pembaziran penampilan lantaran sekadar hadir sekali sahaja menghias wajah muzik arus perdana kita waktu itu.
