Pergi ke kandungan

Afif Bahardin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Afif Bahardin
ADUN (MBBS) UiTM
عفيف بحرالدين
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
9 Mei 2013  4 Mac 2020
GabenorAbdul Rahman Abbas
Ketua MenteriLim Guan Eng
(2013–2018)
Chow Kon Yeow
(2018–2020)
PortfolioPertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan
Didahului olehLaw Choo Kiang
(Pertanian, Industri Asas Tani & Pembangunan Luar Bandar)
Phee Boon Poh
(Kesihatan)
Digantikan olehNorlela Ariffin
Kawasan pilihan rayaSeberang Jaya
Ahli Majlis Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Menyandang jawatan
28 Januari 2024
PresidenMuhyiddin Yassin
Naib Ketua Pemuda
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
22 Ogos 2014  16 November 2018
PresidenWan Azizah Wan Ismail
Ketua PemudaNik Nazmi Nik Ahmad
Didahului olehKhairul Anuar Ahmad Zainuddin
Digantikan olehMuhammad Hilman Idham
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Taman Medan
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehSyamsul Firdaus Mohamed Supri
(PHPKR)
Majoriti30 (2023)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Seberang Jaya
Dalam jawatan
5 Mei 2013  6 Mac 2023
Didahului olehArif Shah Omar Shah
(BNUMNO)
Digantikan olehIzhar Shah Arif Shah
(PNBERSATU)
Majoriti2,459 (2013)
7,421 (2018)
Puak yang diwakili dalam
Dewan Undangan Negeri Selangor
2023–Perikatan Nasional
Puak yang diwakili dalam
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
2013–2018Parti Keadilan Rakyat
2018–2020Pakatan Harapan
2020Parti Pribumi Bersatu Malaysia
2020–2023Perikatan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Afif bin Bahardin

(1985-05-13) 13 Mei 1985 (umur 41)
SelangorMalaysia Shah Alam, Selangor, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR)
(until 2020)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
(sejak 2020)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(until 2015)
Pakatan Harapan (PH)
(2015–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2020)
PasanganMardhiah Zakaria (k. 2010)
AnakAaina Sofea Afif
Ar-Rayyan Afif
Tempat belajarUniversiti Teknologi Mara (MBBS)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPakar perubatan
Laman webwww.afifbahardin.com

Dr. Afif bin Bahardin (lahir 13 Mei 1985) merupakan seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang ahli politik dan doktor perubatan. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Taman Medan. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) serta di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow dari Mei 2013 sehingga peletakan jawatannya pada Mac 2020. Beliau juga pernah menjadi ADUN bagi kawasan Seberang Jaya dari Mei 2013 hingga Mac 2023.

Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), salah satu parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sejak Januari 2024 dan merupakan Setiausaha PN negeri Selangor. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Angkatan Muda PKR dari Ogos 2014 hingga November 2018 dan Timbalan Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh.[1]

Latar belakang peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau menerima pendidikan menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong/Chenderoh di Perak dan melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di mana beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan dan pembedahan.

Selepas menamatkan pengajian, Afif bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Sungai Buloh. Pada Oktober 2010, Afif berkahwin dengan Mardhiah Zakaria. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2013–2020)

[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2013, Afif telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang yang memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, menggantikan Law Choo Kiang yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.[2]

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (2013–2023)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2013

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2013, Afif membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding di kerusi negeri Seberang Jaya. Afif memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas menewaskan Mohammad Nasir Abdullah dari gabungan Barisan Nasional (BN) dan calon bebas Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar dengan majoriti 2,459 undi.

Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2018

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2018, Afif telah dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan kerusi Seberang Jaya. Afif berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan telah dipilih semula ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas menewaskan Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin dari Barisan Nasional (BN) dan Ahmad Rafaei Rashid dari Gagasan Sejahtera (GS) dengan majoriti 7,421 undi.

Pembatalan kelayakan 2023

[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2023, kerusi Seberang Jaya yang disandang oleh Afif telah diisytiharkan kosong selepas beliau melanggar undang-undang anti lompat parti negeri Pulau Pinang oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Law Choo Kiang.

Ahli Parti Keadilan Rakyat

[sunting | sunting sumber]

Dalam pemilihan parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2014, Afif telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), menggantikan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Semasa pemilihan parti PKR 2018, Afif telah bertanding jawatan Ketua AMK namun tewas kepada Akmal Nasrullah Mohd Nasir, seorang penyokong rapat kepada calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.[3]

Pada 24 Jun 2020, Afif telah keluar daripada PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).[4]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 2023

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Afif telah dicalonkan semula oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan. Afif memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan buat penggal pertama selepas menewaskan Ahmad Akhir Pawan Chik dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti yang amat kecil iaitu hanya 30 undi.

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun 2020, beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pada 28 Januari 2024, Afif telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU oleh Presiden parti, Muhyiddin Yassin, bersama-sama Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak serta bekas ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[5][6]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N10 Seberang Jaya Afif Bahardin (PKR) 14,148 54.23% Mohammad Nasir Abdullah (UMNO) 11,689 44.81% 26,362 2,459 88.20%
Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar (BEBAS) 251 0.96%
2018 Afif Bahardin (PKR) 16,014 53.12% Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (UMNO) 8,593 28.50% 30,496 7,421 85.8%
Ahmad Rafaei Rashid (PAS) 5,540 18.38%
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 P108 Shah Alam Afif Bahardin (BERSATU) 43,314 31.90% Azli Yusof (AMANAH) 61,409 45.93% 137,082 18,095 81.92%
Isham Jalil (UMNO) 28,266 20.82%
Muhammad Rafique Rashid Ali (PEJUANG) 2,781 2.05%
Dewan Undangan Negeri Selangor[7]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2023 N33 Taman Medan Afif Bahardin (BERSATU) 22,316 50.03% Ahmad Akhir Pawan Chik (PKR) 22,286 49.97% 44,602 30 71.99%
  1. Opalyn Mok (9 Mei 2013). "Four new faces in Penang exco line-up". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2015.
  2. Opalyn Mok (9 Mei 2013). "Ex-exco man to be named Penang Speaker". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2015.
  3. Joceline Tan (6 Mei 2014). "Azmin Ali starts to flex his muscles". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2015. Dicapai pada 20 Februari 2015.
  4. "Penang rep Dr Afif Bahardin drops PKR for Bersatu | Malay Mail". 24 Jun 2020.
  5. "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM - DEWAN UNDANGAN NEGERI". resultpru13.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-05.
  6. "Dashboard PRU14". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-05.
  7. "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.