Pergi ke kandungan

Abjad Thai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aksara Thai
Jenis tulisan
PenciptaRaja Ram Khamhaeng
Tempoh masa
1283–kini
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaThai, Thai Selatan
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Sistem tulisan turunan
Lao
ISO 15924
ISO 15924Thai (), Thai
Unikod
Alias Unikod
Thai
U+0E00–U+0E7F
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik daripada Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan simbol [ ], / / dan  , sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Abjad Thai atau Aksara Thai (Bahasa Thai: อักษรไทย, àksŏn thai) digunakan untuk menulis bahasa Thai dan kebanyakan bahasa-bahasa kaum minoriti di Thailand. Abjad ini terdiri daripada 44 huruf konsonan (พยัญชนะ phayanchaná) dan 15 tanda vokal (สระ, sàrà) yang membentuk sekurang-kurangnya 28 bentuk vokal, dan empat tanda nada (วรรณยุกต์ wannayúk atau วรรณยุต wannayút).

Tulisan Thai berbentuk abugida, yang mana huruf konsonan diiringi bunyi vokal, iaitu sama ada 'a' atau 'o' melainkan disertakan tanda vokal. Huruf-huruf konsonan ditulis secara melintang dari kiri ke kanan, sementara tanda vokal diatur di atas, bawah, kiri, kanan atau mengapit huruf konsonan padanannya.

Tulisan Thai juga merangkumi angka Thai yang berasaskan sistem angka Hindu-Arab (ตัวเลขไทย, tua lek thai), tetapi angka Hindu-Arab bergaya Barat (ตัวเลขฮินดูอารบิก, tua lek hindu arabik) juga laris digunakan.

Replika catatan Ramkhamhaeng, catatan terlama yang bertulisan proto-Thai

Abjad Thai diterbitkan daripada tulisan Khmer lama, iaitu sejenis gaya penulisan Brahmi selatan yang bernama Vatteluttu atau tulisan Pallawa. Mengikut tradisi, abjad Thai dicipta pada tahun 1283 oleh Raja Ramkhamhaeng (Bahasa Thai: พ่อขุนรามคำแหงมหาราช).

Terdapat 44 huruf konsonan yang mewakili 21 bunyi konsonan berbeza. Terdapat konsonan pendua yang sebenarnya mewakili konsonan berbeza dalam bahasa Sanskrit dan Pali, tetapi sama sebutannya dalam bahasa Thai. Huruf konsonan terbahagi kepada tiga kelas, iaitu rendah (เสียงต่ำ, siang tam), tengah (เสียงกลาง, siang klang) dan tinggi (เสียงสูง, siang sung), yang menentukan nada vokal berikutnya.

Untuk membantu pembelajaran, setiap huruf konsonan dinamakan dengan perkataan akrofoni yang bermula dengan atau mengetengahkan bunyi konsonannya. Misalnya, nama huruf ข ialah kho khai (ข ไข่), iaitu kho sebagai bunyinya, dan khai (ไข่) ialah perkataan yang bermula dengan bunyi konsonan berkenaan, dan bererti "telur". Terdapat dua huruf konsonan, iaitu ฃ (kho khuat) dan ฅ (kho khon), yang tidak dipakai lagi dalam penulisan bahasa Thai, tetapi masih terdapat pada papan kekunci dan set aksara Thai.

Aksara Nama RTGS IPA Kelas Padanan Jawi
ThaiRTGS (erti)AwalAkhirAwalAkhir
ก ไก่ko kai (ayam)kkkktengahك
ข ไข่kho khai (telur)khkktinggi
ฃ ขวดkho khuat (botol) [lapuk]khkktinggi
ค ควายkho khwai (kerbau)khkkrendah
ฅ คนkho khon (orang) [lapuk]khkkrendah
ฆ ระฆังkho ra-khang (loceng)khkkrendah(menghampiri ݢ/ڬ)
ง งูngo ngu (ular)ngngŋŋrendahڠ
จ จานcho chan (pinggan)chtttengahچ
ฉ ฉิ่งcho ching (sejenis simbal)ch-tɕʰ-tinggi
ช ช้างcho chang (gajah)chttɕʰtrendahش
ซ โซ่so so (rantai)ststrendahس
ฌ เฌอcho choe (rimbun)ch-tɕʰ-rendah
ญ หญิงyo ying (wanita)ynjnrendahڽ
ฎ ชฎาdo cha-da (alas kepala)dtdttengah
ฏ ปฏักto pa-tak (angkus)tttttengah
ฐ ฐานtho san-than (tapak)thtttinggi
ฑ มณโฑtho montho (Mandodari, watak Ramayana)thttrendah
ฒ ผู้เฒ่าtho phu-thao (orang tua)thttrendah
ณ เณรno nen (sami muda)nnnnrendah
ด เด็กdo dek (anak)dtdttengahد
ต เต่าto tao (penyu)tttttengahت
ถ ถุงtho thung (karung, beg)thtttinggi
ท ทหารtho thahan (askar)thttrendah
ธ ธงtho thong (bendera)thttrendah
น หนูno nu (tikus)nnnnrendahن
บ ใบไม้bo baimai (daun)bpbptengahب
ป ปลาpo plaa (ikan)pppptengahڤ
ผ ผึ้งpho phueng (lebah)ph--tinggi
ฝ ฝาfo fa (tudung)f-f-tinggi
พ พานpho phan (cerana, dulang berkaki)phpprendah
ฟ ฟันfo fan (gigi)fpfprendahف
ภ สำเภาpho sam-phao (jong, kapal layar)phpprendah
ม ม้าmo ma (kuda)mmmmrendahم
ย ยักษ์yo yak (yaksa, gergasi)yyjjrendahي
ร เรือro ruea (perahu)rnrnrendahر
ล ลิงlo ling (monyet)lnlnrendahل
ว แหวนwo waen (cincin)wwwwrendahو
ศ ศาลาso sala (astaka, wakaf)ststtinggi
ษ ฤๅษีso rue-si (pertapa)ststtinggi
ส เสือso suea (harimau)ststtinggi
ห หีบho hip (peti)h-h-tinggiح (sebutan Arab)
ฬ จุฬาlo chu-la (layang-layang)lnlnrendah
อ อ่างo ang (besen, timba)*-ʔ-tengahء
ฮ นกฮูกho nok-huk (burung pungguk)h-h-rendahه

Bunyi vokal dan diftong dalam bahasa Thai ditulis dengan campuran aksara vokal pada konsonan asasnya. Setiap vokal ditunjukkan kedudukan betulnya pada konsonan awalan (diwakili oleh tanda sengkang '') dan konsonan akhiran, jika ada (tanda sengkang kedua). Perhatikan bahawa tanda vokal boleh terletak di atas, bawah, kiri atau kanan konsonan, ataupun mengapit konsonannya. Aksara vokal apitan juga mengapit seluruh gagasan konsonan.

Setiap huruf konsonan Thai ada vokal tersirat, iaitu /a/ dalam suku kata terbuka (KV) dan /o/ dalam suku kata tertutup (KVK). Misalnya, ถนน mentranskripsi /ànǒn/ "jalan". Cuma ada sedikit pengecualian untuk kata pinjaman Pali, iaitu /o/ sebagai vokal tersirat dalam suku kata terbuka. Aksara vokal apitan seperti เ–าะ /ɔʔ/, melingkungi konsonan sebelumnya yang bervokal tersirat. Misalnya, /ɔʔ/ "menanam" ditulis าะ, dan /tɕʰaɔʔ/ "khususnya" ditulis ฉพาะ.

Aksara huruf kembar dan ฤๅ (dan juga ฦ ฦๅ yang kini lapuk) biasanya dianggap sebagai vokal. Dalam susunan abjad, ฤ ฤๅ mengikut , dan dibaca sebagai gabungan konsonan dan vokal, masing-masing bersamaan รึ (pendek), dan รือ, (panjang) (dan untuk huruf kembar lapuk tadi, ลึ dan ลือ). Lebih-lebih lagi, boleh meminjam bunyi ริ (ri) dalam kebanyakan kata pinjaman Sanskrit, misalnya: กษณะ "Krishna" (kritna, bukan kruesana) ทธิ์ "kuasa ghaib" (rit, bukan ruet) กษดา (krisada, bukan kruetsada); begitu juga untuk mengeja อังกangrit "Inggeris" dan ประเทศอังกPrathet angrit "England".

AksaraNamaIPARTGSLainanBunyi
a tersiratauak dalam "sesak"
– –o tersiratoo o dalam "bot"
–รรro han *ɑnanunan dalam "tan"; sama dengan -ัน
–รร–ro han *ɑaua dalam "penat"; sama dengan -ั-
–รรมro han dengan mo ma sebagai konsonan penutup *ɑmamumam dalam "garam"; sama dengan -ำ
–ว–sara ua *uauauarua dalam "luar"
–วยsara ua dengan wo waen sebagai konsonan penutupuɛjuaiuayui dalam "buih"
–อsara oɔːoor, awaw dalam "sepak takraw"
–อยsara o dengan yo yak sebagai konsonan penutupɔːjoioyoi dalam "sepoi"
–ะsara aauak dalam "petak"
–ั –sara a dalam bentuk mai han-akataaua dalam "penat" (pendek)
–ัยsara a dengan yo yak sebagai konsonan penutupɑjai ai dalam "hai"
–ัวsara uauaua ua dalam "luar"
–ัวะsara uauaʔua uak dalam "juak"
–าsara aaah, ar, aaa dalam "baru" (panjang)
–ายsara a dengan yo yak sebagai konsonan penutupaːjaiaai, aay, ayai dalam "hai" (panjang)
–าวsara a dengan wo waen sebagai konsonan penutupaːwaoauau dalam "kau" (panjang)
–ำsara amɑmamumam dalam "demam"
–ิsara iii i dalam "cubit" (pendek)
–ิวsara i dengan wo waen sebagai konsonan penutupiwioewiu dalam "lekiu"
–ีsara iiee, ii, yi dalam "beri" (panjang)
–ึsara ueɯueeu, u, uhu dalam "tumpang", tetapi bibir jangan dibundarkan (pendek)
–ืsara ueɯːueeu, uu dalam "ubat", tetapi bibir jangan dibundarkan (panjang)
–ุsara uuuoou dalam "tumpang" (pendek)
–ูsara uuoo, uuu dalam "ibu" (panjang)
เ–sara eeay, a, ae, ai, eie dalam "enak" (panjang)
เ–็ –sara e dengan mai taikhuee e dalam "pensel" (pendek)
เ–ะsara eeehek dalam "robek" (pendek)
เ–ยsara oe dengan yo yak sebagai konsonan penutupɤːjoeioey(Inggeris) u dalam "burn" + y dalam "boy"
เ–อsara oeɤːoeer, eu, ur(Inggeris) u dalam "burn"
เ–อะsara oeɤʔoeeue dalam "peta"
เ–ิ –sara oeɤoeeu, ue dalam "peta"
เ–วsara e dengan wo waen sebagai konsonan penutupeːweoeu, ewe dalam "enak" (panjang) + u dalam "lekiu"
เ–าsara aoawaoaw, au, owau dalam "kau"
เ–าะsara oɔʔoorh, oh, oro dalam "momok" (bibir dibuka sedikit)
เ–ียsara iaiːaiaear, ere, ieia dalam "beria-ia" (panjang)
เ–ียะsara iaiaʔiaiah, ear, ieiak dalam "riak"
เ–ียวsara ia dengan wo waen sebagai konsonan penutupioiaoeaw, iew, iowio dala "trio"
เ–ือsara ueaɯːaueaeua, ua, ueua dalam "sua" (bibir jangan dibundarkan)
เ–ือะsara ueaɯaʔueaeua, uauak dalam "puak" (bibir jangan dibundarkan)
แ–sara aeɛːaea(Inggeris) a dalam "ham"
แ–ะsara aeɛʔaeaeh, a(Inggeris) a dalam "at"
แ–็ –sara ae dengan mai taikhuɛaeaeh, a(Inggeris) a dalam "at"
แ–วsara ae dengan wo weaen sebagai konsonan penutupɛːwaeoaew, eo(Inggeris) a dalam "ham" + ow dalam "low"
โ–sara ooor, oh, ôo dalam "solo"
โ–ะsara ooohok dalam "cocok"
ใ–sara ai mai muan **ɑjaiay, yai dalam "petai"
ไ–sara ai mai malaiɑjaiay, yai dalam "petai"
ro rue (pendek) *rueru, riru dalam "runtuh", tetapi bibir jangan dibundarkan (pendek)
ฤๅro rue (panjang) *rɯːrueruuru dalam "rumah", tetapi bibir jangan dibundarkan (panjang)
lo lue (pendek) *luelu, lilu dalam "lumrah", tetapi bibir jangan dibundarkan (pendek)
ฦๅlo lue (panjang) *lɯːluelulu dalam "lurah", tetapi bibir jangan dibundarkan (panjang)

* Ini adalah separa vokal atau diftong yang ditulis dalam huruf konsonan. ** Cuma terdapat 20 perkataan Thai yang memakai sara ai mai muan (ใ), yang selebihnya memakai varian /ɑj/ yang lain.

Diakritik

[sunting | sunting sumber]

Tanda diakritik digunakan dalam abjad Thai untuk menandakan berubahnya nilai bunyi huruf.

Thai ialah sejenis bahasa berasaskan nada, dan tulisannya menyediakan maklumat secukupnya mengenai nada yang digunakan. Nada disebut serentak dengan vokal, tetapi ditandai dalam tulisan oleh gabungan kelas konsonan pembuka (tinggi, tengah atau rendah), kepanjangan vokal (panjang atau pendek), konsonan penutup (jika ada, hentian tak bersuara atau sonoran bersuara) dan satu daripada empat tanda nada (jika ada). Nama dan bentuk keempat-empat tanda nada ini dipinjam dari nombor satu, dua, tiga dan empat dalam suatu bahasa Indo-Arya. Carta berikut menerangkan tanda nada dan penggunaannya:

Aksara Nama Kandungan suku kata dan kelas konsonan awalan
ThaiRTGSVokal dan akhiranTinggiTengahRendah
(เปล่า)(tiada)vokal panjang atau vokal diikuti sonoran naik tengah tengah
(เปล่า)(tiada)vokal panjang diikuti plosif rendah rendah jatuh
(เปล่า)(tiada)vokal pendek di akhir suku kata atau diikuti plosif rendah rendah tinggi
 –่ ไม้เอกmai ekmana-mana rendah rendah jatuh
 –้ ไม้โทmai thomana-mana jatuh jatuh tinggi
 –๊ ไม้ตรีmai trimana-mana - tinggi -
 –๋ ไม้จัตวาmai chattawamana-mana - naik -

Selain di atas, dua aksara konsonan (bukan diakritik) turut digunakan untuk mengubah nadanya:

  • ห นำ ho nam, ho pimpinan. Huruf ห kelas tinggi yang bisu "memimpin" konsonan sengauan kelas rendah (ง, ญ, น dan ม) dan sonoran (ว, ย, ร dan ล), yang tiada padanan fonetik berkelas tinggi, agar mengikut resmi nada konsonan kelas tinggi. Dalam perkataan aneka suku, konsonan pembuka berkelas tengah atau tinggi dengan vokal tersirat begitu juga "memimpin" konsonan kelas rendah ini mengikut resmi nada kelas tinggi, dengan tanda nada dibawa oleh konsonan kelas rendah.
  • อ นำ o nam, o pimpinan. Huruf อ kelas tengah "memimpin" huruf ย kelas rendah untuk mengikut resmi nada kelas tengah dalam empat perkataan sahaja, iaitu: อย่า (ya, jangan) อยาก (yak, hajat) อย่าง (yang, belum) อยู่ (yu, tinggal). Perhatikan keempat-empatnya bervokal panjang, dan bernada siang ek rendah, tetapi อยาก sebagai suku kata mati tidak memerlukan tanda nada, manakala tiga yang lain sebagai suku kata hidup bertanda mai ek.

Dalam perbualan percakapan, tidak kurang adanya perkataan yang dieja dengan satu nada tetapi disebut dengan nada yang lain (khususnya kata ganti nama ฉัน chan dan เขา khao, kedua-duanya disebut dengan nada tinggi dan bukannya nada naik yang ditunjukkan oleh ejaannya). Biasanya, apabila berucap di khalayak awam, kata-kata sedemikian disebut mengikut ejaannya.

Tanda diakritik lain digunakan untuk menandakan vokal pendek dan konsonan senyap:

Tanda Nama Fungsi Penerangan
ThaiRTGS
 ไม้ไต่คู้mai taikhupemendek vokalMai taikhu bererti "batang yang memanjat dan bercangkung". Bentuknya seperti angka 8 dalam tulisan Thai, oleh itu juga diberi jolokan mai lek paet "batang #8". Mai taikhu hanya digunakan bersama sara e (เ) dan sara ae (แ) dalam suku kata tertutup.
 ทัณฑฆาต, การันต์thanthakhat, karanpenanda huruf senyapDitunjukkan pada kata pinjaman Sangsakerta.
Thanthakat bererti "batang pemati"; karan bererti "hujung kata".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Writing systems